Jumaat, 7 Julai 2017

DSCDSR (BAB 3)

“KAU yakin ke dia kena dera?” soal Amirul ragu-ragu selepas Nazmi selesai menceriatkan segalanya. Agak kurang percaya dia dengan kenyataan Nazmi. Dua kali jupa dah tahu semua benda? Wow..
“Aku yakin, Yol. 200%!”
“Kau sendiri yang kata, dia cakap perlahan tapi kau sempat dengan. Point dia kat sni adalah, kau yakin kau dengar dengan jelas ke atau kau dengan sipi-sipi then kau buat conclusion sendiri? Or, dia cakap benda lain tapi kau faham benda lain?”
Nazmi diam kejap. Betul jugak apa yang Amirul cakap. Medina tak ada cakap pun yang dia kena dera. Cuma apa yang Nazmi dengar dengan amat jelas adalah yang Medina kata perangai abang-abang angkat dia tu serupa setan. Itu tak bawa makna apa-apa. Mungkin Medina cuma bergurau. Mungkin apa yang dia maksudkan adalah perkara yang baik. Mungkin setan yang Medina maksudkan itu adalah sikap abang-abang angkat dia yang suka nak menyakat. Boleh jadi juga. Bukan abanglah kalau tak menyakat adik. Betul tak?
“Yalah-yalah... Aku yang silap.” Nazmi masih memikirkan soal tadi.
The only way untuk kau tahu sama ada dia kena dera atau tak, cuba dekati dia. Cuba jadi sahabat, abang, dan pendengar masalah dia. Perempuan ni bro, dia cuma akan ceritakan masalah dia dengan tiga jenis orang. Orang yang dia percaya, orang yang dia dah lama kenal and orang yang dia sayang. Kau maybe boleh jadi ketiga-tiganya sekali tapi ambil masa. Kau ambil masa untuk buat dia percayakan kau. Kau dekati dia, faham isi hati dia, airr muka dia, then dia akan percayakan kau dan akan ceritakan masalah dia pada kau. Next, orang yang dia dah lama kenal. Ini pun ambil masa juga. Lastly, orang yang dia sayang. Kalau kau berani dan kalau kau memang betul-betul ikhlas dengan dia, dan dia pun suka kat kau, aku confident dia boleh cerita semua benda tanpa rasa malu atau rasa pekara tu pirasi. Sebab fitrah perempuan ni dia nakkan perhatian. Walaupun aku tak ada girlfriend lagi tapi hari-hari aku mengadap patient weh. Lelaki dan perempuan bujang. Suami isteri. So aku tahu dah karenah setiap patient.” Panjang pula Doktor Amirul Mazlan bin Khalid ni membebel.
“Kau ni doktor ke kaunselor? Banyak pula membebel.” Nazmi senyum kecil selepas itu. 
“Kau ni... penat aku membebel tau!”
Nazmi ketawa bila Amirul cakap macam tu. Otaknya kembali mencena bebelan Amirul tadi.
“So, kau nak pilih cara yang mana? Satu, dua atau tiga?” soal Amirul.
I’ll try all. Aku nak semua. Aku nak jadi orang yang dia percaya, orang yang dia dah kenal lama, dan...” Nazmi diam lepas tu. Rasanya Amirul dan faham apa yang bakal dia ucap kemudian.
“Yang last tu memang gila. Kau serius nak try semua? Esspecially yang last tu?” Amirul kerukan dahi. Tak percaya. Dia saja aje bagi idea macam tu. Tak sangka pula Nazmi memang betul-betul nak cuba idea tu. Gila!
Nazmi cuma diam.
“Kau suka dia ke?” soal Amirul lagi. Nazmi diam sambil tersenyum.
“Kalau aku di sini cinta, kau rasa Medina yang di sana tu rindu tak?”Nazmi tanya alik. Tak jawab pun soalan Amirul. Sebelah keningnya juga terangkat.
“Amboi... Kau ingat ni lagu Tajul dan Wany Hasrita ke? Di Sana Cinta Di Sini Rindu?” Kemudian, Amirul mencebik. Nazmi ketawa tiba-tiba.
“Tak, ni lagu Despacito.” Nazmi ketawa lagi.
“Sengal!” Amirul pun ketawa juga.  Nazmi ni kalau tak buat lawak memang tak sah. Sunyi hidup Amirul kalau dia tak ada. Untung ada sepupu dan sahabat macam ni. Selalu bagi semangat time susah, dan selalu buta lawak untuk ceriakan hati yang lara. Ecewah...
‘”Back to topic. Kalu ikhlas ke macam mana ni?” Amirul kembali serius. Nazmi juga dah berhenti gelak.
“Entahlah, Yol. Tapi aku dah ada rancangan untuk dekati Medina.” Nazmi seyum kembali. Amirul juga dah buat muka curious, nak tahu.
“Apa dia?”
Nazmi hanya senyum bila Amirul soal macam tu. Adalah rancangan dia nanti.. Tunggu ajelah. Confirm gempak punya.

NAZMI tekan loceng pintu rumah banglo tiga tingkat ini. Rumah Encik Mansor dan Puan Normala. Ada hajat yang dia ingin sampaikan. Alang-alang bolehlah jumpa Medina juga. Rindu ni. Haha. Nazmi Cuma seorang tanpa Amirul. Amirul tiba-tiba kena ganti tempat seorang doktor bedah yang ada hal kecemasan. Bagus juga tu. Tak adalah mamat tu sibuk nak ikut sebab rancangan ni meupaan misi solo Nazmi. Nanti Amirul akan tahu juga apa rancangan dia.
“Assalamualaikum.” Itu ayat pema Nazmi tatkala pintu sudah di buka dari dalam. Agk hampa bila melihat perempuan lain yang buka pntu. Nazmi kenal peempuan yang berdiri depan dia sekarang ni. Farhanah Ameera. Boleh tahan cantik. Macam Mira Filzah. Mewarisi kecantikan Puan Normala.
“Waalaikummussalam. Cari siapa eh?” Agak ramah Farhanah menegur. Ada senyuman di bibirnya.
“Saya Nazmi. Encik Mansor dengan Puan Normala ada? Saya nak jumpa dia orang boleh?”
“Papa dengan mama ada aje kat dalam. Jemput masuk,” pelawa Farhanah. Nazmi senyum juga lalu ikut Farhanah masuk. Mereka berjalan ke ruang tamu.
“Jemput duduk dulu. Saya panggil papa dengan mama eh?” Nazmi anguk bila mendengar kata-kata Farhanah. Dia duduk manakala Farhanah sudah menghilang.
Sementara menunggu, Nazmi sempat lagi menganalisis rumah banglo ini. Taklah besar sangat, rumah banglo dua tingkat biasa aje. Tapi cantik. Warna pastel, collat muda memenuhi segenap ruang. Itu buat rumah ni taak mewah walaupun hanya rumah banglo biasa.
“Nazmi, dah lama tunggu ke?” tegur seseorang. Nazmi lantas bangun bila nampak susuk Encik Manosr dan Puan Normala. Kedua-duaya di salam penuh hormat lantas dia juga duduk. Dia tahu yang Encik Mansor dan isternya mengenali diri dia kerana Encik Mansor merupakan kawan baik papa dan paksu dia.
“Baru aje sampai, uncle. Uncle dengan aunty sihat?”
“Sihat alhamdulilah. Kamu dengan famili kamu macam mana? Sihat?” soal Encik Mansor semula.
“Sihat, uncle. Saya datang ni pun ada hajat.”
“Hajat? Haaa... bagus. Anak dara mana satu yang kamu nak pinang dalam rumah ni? Ada dua orang. Sorang anak angkat uncle tu, Medina. Sorang lagi anak saudara uncle, zara. Pilih anak nak. Dua-dua cantik, cun, meletop baq hang! Kalau nak dua-dua lagi bagus!” Belum apa-apa Encik Mansor dah buat kesimpulan sendiri.
Nazmi garu kepala. Adoiii... Uncle! Saya bukan nak masuk meminang lah deyyy. Saya nak bagi kad kahwin sepupu sayalah! Dan sepupu tu bukan Amirul tapi adik perempuan Amirul, Amylia dan cinta hatinya, Khairul. Amirul tu bukannya ada girlfriend pun. Sibuk memanjang. Aiyooo... Asal cakap ada hajat mesti orang kata nak meminang. Apa daaa...
“Ya Allah, uncle! Saya bukan nak masuk meminanglah. Saya nak bagi kad kahwin ni. Sepupu saya kahwin. Paksu saya suruh saya bagi kat uncle. Suruh jemput uncle dengan aunty datang.” Nazmi serahkan kad kahwin yang dia bawa dari tadi kepada Encik Mansor. Encik Manosr buka kad itu dan seakan-akan sedang berbincang dengan isterinya. Ada apa ni?
“Kami minta maaflah, Nazmi. Tapi kami tak dapat nak datang. Uncle kena outstation, aunty kena ikut sekali.” Puan Normala yang hanya diam dari tadi, kini bersuara. Nazmi agak hampa. Dahlah majlis perkahwinan tu salah satu cara untuk dekati Medina. Punah harapan...
“Dan tu macam mana aunty, uncle? Paksu dengan maksu saya tu nak sangat aunty dengan uncle untuk datang.”
Pandainya kau, Nazmi. Padahal kau dah tahu yang depa kena pergi outstaion. Kau macam suruh depa hantar wakil pi kenduri kahwin Amylia tu kan? Haha, bijak kau Nazmi. Bijak betul!
“Habis tu macam mana abang? Projek kat Sabah tu kan penting.” Puan Normala bebisik pada suaminya naun Nazmi dapat menangkap butir bicara wanita itu. Encik Mansor hanya diam. Beberapa ketika kemudian dia berbisik sesuatu pada telinga isterinya.
“Medina! Medina! “ Nama Medina dia panggil ayah anagkatnya. Nazmi senyum sembunyi. Dah agak dah... Mesti depa akan suruh Medina pergi jadi wakil. Tak percaya? Tunggu kejap lagi.
“Ada apa, pa/” Medina muncul. Nazmi pandang wajah ayu gadis itu. Cantik tanpa sebarang mekap. Macam pelakon Hannah Delisha itu. Comel aje. Tudung pun nampak serbai tapi cantik.
“Duduk dulu,” arah Encik Manso. Medina hanya menuut. Terkejut jugaklah dia bila nampak Nazmi tadi. Sempat lagi mata bersabung dengan lelaki itu. Apalah mamat tu buat kat sini?
“Sabtu ni kamu free tak?” soal Puan Nomala. Medina kerutkan dahi. Sabtu ni? Free kut. Bukannya dia buat apa pun kat rumah ni. Medina angguk perlahan.
Good. Kamu kena pergi wedding ni. Wakilkan mama dengan papa.” Encik Mansor seraya menyerahkan kad kahwin Amylia dan Khairul. Medina mengambil lantas membacanya. Dahi di kerutkan kemudian Medina pandang papa dan mamanya.
“Kenapa mesti Medina? Kenapa tak suruh anak-anak papa tu?” Beku wajah Medina tatkala menuturkan ayat itu. Nazmi perasan ada sesuatu yang tak kena. Betullah gerak hati dia selama ni.
“Sebab cuma Medina yang mma dan papa percaya lebih dari anak-anak yang lain.”
Okey, Medina dah speechless bila dengar mama dia menjawab. Agaknya betullah tu. Sebab pada kebiasaanya, kalau sesebuah keluarga itu ambil anak anagkat, anak angkat akan lebih di sayangi berbanding anak kandung. Bercakap berdasarkan kenyataan teh. Ini namanya fakta.
“Boleh?” Encik Mansor minta kepastian. Medina angguk yang tak berapa nak ikhlas.
Good girl. Haaa... lupa papa nak kenalkan. Ini, Nazmi Syahrin. Anak Uncle Amirullah. Nazmi, ini anak uncle, Anggun Medina.”
Nazmi senyum manis pada Medina. Tak perlu kut nak beritahu yang mereka dah kenal. Medina buat muka masam. Ebab dah kenallah dia oleh buat muka macam tu. Kaau aru kenal, tetu dia senyum manis juga macam Nazmi. Tak suka sebenarnya lelaki itu ada di sini. Pelik juga acam mana Nazmi boleh tahu umahnya. Soal itu, nantilah dia tanya.
“Medina...” tegur Puan Normala bila melihat anak daranya hanya bermasam muka dengan teteamu. Medina pandang mamanya. Kemudin dia kembali memandang Nazmi dengan seyuman manis di bibir.
Nazmi dah agak dah, mesti Medina akan nampak cantik bila senyum. Bukan Medina aje, mana-mana lelaki atau perepuan pun maca tu jugak. Akan nampak cantik atau handsome bila ada senyuman di bibir. Manis.
“God girl. Kalau macam tu, kami naik dululah. Nazmi, kalau nak bawa anak uncle keluar jalan-jalan, pergilah. Uncle izinkan. Tapi jangan bawa tempat ukan-buka pula.” Encik Mansor dan isterinya sudah bangun. Lama-lama kelibat meea hilang.
Hai, papa! Semudah satu dua tiga aje benaran aku keluar. Dengan Nazmi pula tu! Ada apa ni? Kut ya pun dah kenal lama, takkanlah semudah ABC pula nak benarkan aak dara dia keluar degan lelaki? Medina pandang Nazmi dah lelaki itu pandang Medina balik.
First of all, macam mana awak tahu kat mana rumah saya?” Ayat pertama keluar dari bibir Medina.
“Guna Waze.”
“Janganlah main-main!” Medina dah bengang. Tak puas hati. Yeop, aku serius ni!
“Main-main apa pula? Betullah saya guna waze. Kenapa? Tak percaya/ Nak tunjuk ke?” Nazmi dah nak keluarkan telefonnya. Tapi Medina menghalang.
Second, pukul berapa nak pergi Sabtu ni?” Medina terus aje straight to the point. Tak ada nak berkias-kias bagai. Lagipun Sabtu ni bukannya lama lagi pun. Lusa aje.
“Jom keluar. Kita pergi makan. Papa dengan mama awak dah benakan saya bawa awak jalan-jalan tu.”
“Tapi...”
No objection, Medina. Now!” Lembut tapi tegas. Itulah cara Nazmi Syahrin. Terus dia poong ayat Medina. Medina pula pandang lama Nazmi sebelum nejeling.
“Yalah. Tunggu saya siap.”

MEDINA pandang Nazmi yang tengah makan ayam KFC di Aeon Station 18, Ipoh ini. Pandang lama. Bukannya jatuh cinta ke apa,  tapi entahlah. Rasa lain macam. Medina sedut air Pepsi dia. Mata masih tak lepas memandang Nazmi.
“Kenapa pandang saya macam tu? Jatuh cinta?” Nazmi angkat muka seraya mengelap mulutnya. Dah selesai makan.
“Eh, pleaselah. Tak ada kerja saya nak jatuh cinta dengan awak. Nak tanya. Gerak pukul berapa Sabtu ni? Balik pukul berapa? Saya kalau boleh tak nak tidur sana. Tak selesa.”
“Pergi pukul 12, balik pukul. 1:30 petang.aya tak boleh nak lama sebab ada hal. Lagipun bukannya jauh, dekat aje. Nanti saya ambil awak kat rumah.” Nazmi suap cheesy wedges masuk mulut.
“Kalau dia orang tanya saya ni siapa, apa nak jawab? Saya tak nak kena cop bakal isteri awak,”
“Saya cakaplah awak ni anak Uncle Mansor. Tapi kalau nak saya cakap yang awak tunang saya pun boleh.” Nazmi sengih manja.
Medina sepak kaki Nazmi. Mengadu kecil lelaki itu. Cari pasal, itu makan dia. Itu baru aku sepak kaki, belum aku sepak bola buat freekick. Confirm, Ghaddar pun ternganga. Haha.
“Sakitlah. Awak ingat kaki saya ni bola?” Nazmi kerutkan dahi. Medina cuma buat muka selamba.
“Lain kali jangan nak cakap yang bukan-bukan. Itulah makan dia. Saya tak suka tau tak?” Medina menjeling lagi. Nazmi masih mampu senyum.
“Awak ada abang dan kakak angkat, kan?” Nami dah mula tanya soalan kuali panas.
“Hmm..” Medina acuh tak acuh saja mengiakan. Secara tak langsung menguatkan lagi firasat Nazmi bahawa ada yang tak kena.
“Dia orang baik tak dengan awak?” soal Nazmi lagi.
“Sibuk nak tahu kenapa?” Medina tak habis-habis jeling lagi. Siuk aje dia ni. Kau ingat kau siapa nak tahu kisah hidup aku? Kau ingat aku macam Neelofa yang nak share semua benda kat umum?
“Laaa... takkan tak boleh?”
“Memang tak boleh. Tak payah sibuk nak tahu. Awak ingat awak siap nak tahu semua benda? Boyfriend saya? Oh no, pleaselah.”
“Tak perlu pun jadi girlfriend saya. Just be my friend. Saya janji semua rahsia awak saya akan simpan. I’ll always be with you, no matter what. Wanna you?” Ayat Nazmi kedengaran ikhlas. Medina rasa lain macam. Boleh percaya ke dia ni?
Tapi tengok muka ikhlas. Suci aje. Bolehlah kut nak pecaya dia ni. Kalau berani buat yang ukan-bukan, report aje kat mama dan papa. Senag. Medina angguk lambat-lambat. Nazmi senyum.
“Tapi, kalau berani macam-macam or awak cerita masalah saya kat orang lain, siap sedialah untuk masuk hospital.”
Nazmi tergelak bila Medina cakap macam tu. Kalau berani cubalah, sayang. Saya ni dua dalam satu. Goalkeeper dan midfielder a.k.a. penjaga gol dan pemain tengah skuad kebangsaan. Jangan main-main. Silap-silap hati awak yang saya tangkap. Hehe.
“Tapi saya tak ready nak cerita sekarang. Sorry. Nantilah.”
It’s okay. Kalau awak rasa awak nak cerita, I’m always here for you. But first...” Nazmi tolak telefonnya ke arah Medina. Medina yang dah faham sangat maksud Nazmi itu masukkan nombor telefonnya. Kemudian, telefon itu Medina tolak kembali ke arah Nazmi. Nazmi dah sengih dah tu.
Second, senyum sikit.”
Cepat aje Medina senyum. Bak kata Baim dalam sinetron Indonesia Buku Harian Baim, senyum yang manis ya buat Baim ya. Gituuu dong... Hehe.
Cenggitulah. Kan manis kalau senyum.”
Automatik Medina ketawa tiba-tiba. Geli hati dengan Nazmi. Entah apa yang lawak pun Medina tak tahu. Tiba-tiba rasa lucu pula.
You know what?”
What?”
You looks more beautiful when smiling. Serious. Tak tipu,” puji Nazmi, ikhlas.
“Memanglah. Kalau girlfriend awak senyun pun awak kata cantik, kan?” Medina balas agak sinis. Nazmi masih senyum.
“Awak rasa, kalau saya ada girlfriend, saya akan keluar dengan awak ke?” Nazmi angkat sebelah kening. Medina diam. Tahu dah apa jawapannya. Hai, takkan mamat handsome macam ni tak ada girlfriend? Macam menipu aje. Selalunya football player macam dia ni ada aje girlfriend.
“Serius tak ada?” Medina tak percaya.
“Kenapa? Berminat jadi yang pertama?” Nazmi sengih. Medina dah masam balik. Main-mainlah dia ni. Apa kau ingat kau sehandsome Jimin BTS ke yang aku nak jadikan boyfriend? At least kalau sehandsome Khai Bahar tau Nazmi Faiz tak apa juga.
“Tak ingin.”

“AMBOI, sengih sorang-sorang kenapa?” Amirul menegur Nazmi yang tengah duduk sorang-sorang depan pintu rumah Ibu Rahayu. Dia duduk sama.
“Teringatkan Medina ke apa?” Amirul bagi soalan maut.
“Kalau aku jawab ya, kau nak bagi reaksi apa?” Nazmi pandang Amirul.
“Aku akan buat reaction wau, yang macam kat butang like Facebook tu. Wau, Nazmi Syahrin jatuh cinta pada seoang gadis yang bernama Anggun Medina. Bak kata kau, seanggun namanya, sesuci jiwanya. Huh, poyo.”
Nazmi ketawa.
“Ibu macam mana? Dah sihat?” soal Nazmi.
“Suhu dia tinggi lagi. Tapi tak seteruk hari pertaa. Aku dah bagi dia ubat, anti keylah tu. Medina macam mana? Dia nak ke ikut rancangan kau pergi majlis kahwin Amy dengan Khai?”
“Helo, tengok oranglah. Kalau aku dah start memujuk, semua perempuan cair.”
“Kalau semua perempuan cair, kenapa ku sampai sekarang tak ada gilfriend?”
Nazni diam. Tak tahu nak balas apa. Amiul ketawa kuat. Dia bangu.
“Poyo aje leih. Ni, aku nak beli burger kat gerai Abang Burn. Kau nak juga tak? Aku belanja.”
Dengar perkataan belanja, Nazmi senyum balik.
“Macam biasalah. Double cheese satu. Sos, mayonis cheesse lebih. Sayur tak nak.” Kalau beli burger kat mana-mana, itulah yang Nazmi selalu order. Dia tak makan sayur.

“Okey, gerak dulu.” 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan