Khamis, 6 Julai 2017

DSCDSR (BAB 1)

BERTALU-talu pintu bilik Medina di ketuk. Di ikuti dengan suara yang Medina dah kenal sangat siapa orangnya. Dia mendengus. Betullah, perempuan ni tak menganggu hidup dia memang tak boleh. Ada aje yang tak kena. Memang selalu nak sakitkan hati Medina.
Medina capai tudung lalu berjalan malas ke pintu. Langkahnya di lambat-lambatkan. Bila pintu di buka, dia nampak wajah masam mencuka seorang gadis. Rambutnya panjang kerinting. Perang. Wajahnya cantik tapi tidak pada Medina.
Siapa dia? Zara, sepupu yang dah tinggal lama kat rumah ni. Musuh utama Medina. Selalu cari pasal. Depan mama dan papa angkat Medina, baik aje. Tapi bila belakang mereka, tak payah sembang weh. Dasar duit syiling. Depan lain, belakang lain.
Ada lagi yang tak berapa nak indah. Tiga daripada empat orang anak kandung Encik Mansor dan Puan Normala memang tak suka dengan kehadiran Medina. Dari dia kecil lagi dia dah dapat rasa. Mereka rasa dengan kehadiran Medina, kasih sayang Encik Mansor dan Puan Normala ada mereka berempat semakin kurang walaupun semuanya dah berumah tangga. Ada dua orang tu aje yang merupakan anak ketiga, Farina Aliya dan suami dia yang baik dengan Medina. Anak sulung tu, Farizal Ariz. Anak kedua, Fariz Amri dan keempat, Farhanah Ameera. Cuma Farina aje yang dah ada anak. Baby lagi. Yang lain still bujang.
“Kau nak apa?” Medina menjeling Zara. Zara pula senyum sinis.
“Basuh baju aku.” Serentak dengan itu, kaki Zara pantas menolak sebuah baldi biru yang berisi pakain. Pakaian Zara semestinya. Betul-betul berhenti depan kaki Medina. Medina pandang pakaian yang berada dalam baldi itu sebelum pandang Zara.
“Apa yang buat kau fikir aku akan ikut cakap kau?” Sebelah kening Medina terangkat. Inginkan penjelasan. Zara senyum sinis lagi.
“Sebab kau tu angkat anak aje. Anak pungut. Kalau dah menumpang, buat cara menumpang. Jangan nak berlagak sangat macam kau tu princess dalam rumah ni. Sedar sikit kau tu siapa!” sinis Zara. Tapi Medina yakin ayatnya selepas ini akan lebih sinis dan pedas.
“Kalau dah menumpang, buat cara menumpang. Jangan nak berlagak sangat macam kau tu princess dalam rumah ni. Sedar sikit kau tu siapa. Itu yang kau cakap. Aku nak tanya kaulah. Kau tengah cakap pasal diri sendiri ke macam mana ni? Sebab kau tu pun menumpang juga dalam rumah ni. Kalau tak, kau pun akan merempat juga tak ada tempat berteduh. Kita sama aje der. So lain kali kalau nak bercakap, pakai otak jangan pakai lutut. Kan dah termakan dengan ayat sendiri.” Haaa... kan dah kata. Muka Zara memang dah masam sekarang. Malu dia. Turun naik nafasnya menahan marah.
“Kita tak sama, Medina! Aku, Zara Alisya binti Datuk Marlias. Anak jutawan kosmetik terkaya Malaysia. Datuk aku, Tan Sri Mustapha bin Alias, jutawan terkaya Asia dan yang ketujuh di dunia. Aku anak saudara Uncle Mansor. Arwah daddy aku abang papa angkat kau. Kita orang ada pertalian darah. Kau? Nothing...” Jelas Zara bangga dengan pangkat dan harta keluarganya. Tapi bukan Anggun Medina Mansor lah kalau tak menjawab!
“Jom ikut aku,” ajak Medina tiba-tiba. Zara kerutkan dahi.
“Pergi mana pula?”
“Laaa... pergi kuburlah. Kita tengok kat batu nisan arwah Tan Sri Mustapha dan awrah mummy dengan daddy kau tu, ada tak tertulis pangkat, jumlah harta, pingat yang di terima. Mesti tak ada kan? Kau tak payah nak bangga sangatlah, Zara. Kalau kau mati nanti pun, kat batu nisan kau takkan tulis yang kau ni cucu jutawan yang kononnya ketujuh terkaya di dunia. Tak adanya nak tulis kat batu nisan kau ‘arwah ni dulu cantik oangnya’. Hek eleh, nombor tujuh pun nak kecoh. Neelofa yang masuk list Forbes 30 Under 30 pun tak ada nak poyo macam kau.” Lagi sekali ayat pedas Medina keluar. Yang paling tak boleh lah rasanya asa dia petik nama Neelofa walaupun secara jujur dan ikhlasnya dia tak minat sangat dengan Neelofa. Tapi semangat Malaysia Boleh tu adalah juga. Hehe.
“Kau sengaja kan cari pasal dengan aku?”
“Eh minah! Kau yang ketuk pintu bilik aku kemudian cari pasal suruh basuh baju apa semua. Kenapa? Tak suka kena ceramah?” Medina ketawa kemudiannya.
Tiba-tiba Zara jatuh terduduk atas lantai. Medina eutkan dahi. Dah kenapa perempuan ni? Tiba-tiba aje.
“Abang chik! Abang chik!” Zara panggil abang chik iaitu Farizal sebab cuma Farizal aje anak kandung papa dan mama Medina yang ada kat rumah sekarang. Yang lain semua keluar. Medina mendengus. Dah mula dah hikayat dongeng dia. Mesti Zara akan tuduh Medina tolak dia sampai jatuh. Tak percaya? Tengoklah nanti.
“Apa bising-bising ni?” Farizal muncul di hadapan bilik Medina. Terkejut dia melihat Zara terduduk di lantai. Pantas dia menolong Zara untuk bangun. Medina cuma meihat.
“Kenapa ni?” soal Farizal kepada Zara.
“Perempuan tu... Dia tolak Zara, abang chik.” Drama Akasia 7 malam dah bermula. Dan semestinya Zara Alisya watak utama! Farizal pandang Medina, geram. Zara senyum sembunyi.
“Kau memang suka buat hal kan? Apa masalah kau dengan Zara? Macam ni ke perangai princess kesayangan mama dengan papa?” sindir Farizal sedas. 
“Abang, dengar dulu ap...”
“Abang? Bila masa kau jadi adik aku? Pleaselah! Aku tak sudi nak ada adik pembawa sial macam kau. Nasib baik kau perempuan tau. Kalau tak, lunyai kau kena belasah.” Tak sempat Medina nak habiskan ayatnya, Farizal dah memotong. Medina tak tau tak cakap apa dah.
“Sekarang minta maaf dengan Zara,” tegas Farizal. Medina kerutkan dahi. Perlu ke dia minta maaf atas kesalahan yang dia tak buat? Kau rasa?
What? Of course I’ll not!” Medina geleng kepala laju. Apa yang jadi hari ni bukan salah dia. Zara yang mulakan dulu.  Minah tu lah yang patutnya minta maaf. Bukannya Medina!
“Kau pilih, nak aku humban kau ikut balkoni tu atau kau minta maaf dengan Zara?” Farizal tunding jari pada balkoni bilik Medina. Medina tak toleh belakang pun sebab dia tahu balkoni mana yang di maksudkan. Dengan selambanya dia tolak baldi yang berisi pakaian Zara keluar dari biliknya lalu hempas pintu betul-betul depan muka Zara dan Farizal. Geram Zara di buatnya.
“Kurang ajar punya perempuan! Bukak pintu ni Medina!” Zara ketuk pintu bebeapa kali.
“Aku takkan minta maaf atas salah yang aku tak buat! Kau basuhlah sendiri baju tu!” laung Medina dari dalam biliknya. Hatinya panas. Kenapalah dunia ni tak adil? Kenpa takdir yang Allah tetapkan dalam hidupnya selalu aje tak indah?

“DAHSYATNYA kau weh. Sampai macam tu sekali eh? Habis tu macam mana kau sampai ke sini? Aku tak rasa sesenang tu depa bagi kau keuar rumah,” kata Stajo, sahabat baik Medina. Nama sebenar Siti Hajar binti Abdul Samat tapi panggil Stajo. Itu nama pendek. Nama pandak adalah ‘Stajo Si Stailo yang Suka Minum Milo dan Makan Oreo’. Tapi bab oreo dengan milo tu hanya rekaan semata-mata. Hehe. Selalu juga Medina lepak dengan Stajo. Stajo pun tahu macam mana hidup dia. Selalu juga bagi kata-kata semangat.
Ketika itu, mereka berada di sebuah restoran.
“Helo, ni Medina okey? Of course aku curi-curi keluar. Kebetulan, Farizal keluar sebab ada hal. Dan kononnya sebagai tanda maaf aku, aku buatkanlah dia air. Tapi campur dengan ubat tidur. Maybe dalam sejam dua dia lenalah. Zara tu boleh tahan bengong juga. Selamba aje minum. Padahal bukan tak tahu berapa kali dia terkena dengan aku. So, moral of the story is, don’t mess with Anggun Medina Mansor.” Medina tampak bangga. Stajo cuma mengangguk kagum.
“Kau buat apa je sekarang ni?” soal Stajo lalu menyedut air milonya.
“Duduk rumah ajelah. Nak kerja, papa aku tak kasi. Padahal bukannya dia tak tau yang aku ni nak sangat jadi lawyer. Tapi lepas habis belajar dia suruh aku duduk rumah aje. Bosan weh. Nak lawan, karang tak pasal-pasal derhaka. Kau buat apa pula?”
“Jadi cikgulah. Dapat mengajar kat sekolah rendah kita dulu. Kampung Pasir Puteh. Dapatlah aku jumpa junior kita. Masa aku cakap aku pernah belajar kat sana dulu, terkejut monyet depa semua. Dan, hikayat 1001 cerita zaman duu pun bermula. Aku cerita apa yang jadi dulu, tapi yang baik-baik ajelah,” terang Stajo pada Medina. Masing-masing tersenyum bila terbayang cerita lama.
Medina terpandang lelaki bertopi dan berjaket hitam yang macam tengah pandang ke arah meja dia dan Stajo. Dah beberapa kali perasan yang lelaki itu duk pandang ke arah tempat Medina berada. Bila Medina pandang balik, lelaki tu pandang tempat lain, tak nak kantoi. Di sebabkan pakai cermin mata hitam, Medina tak nampak penuh muka dia. Dah macam Aiman Tino pula dah pakai colour hitam ni. 
“Jo, aku rasa ada orang tengah perhatikan kitalah. Just like a stalker,” adu Medina. Wajahnya sedikit ketakutan.
“Mana?” Stajo ingin pusing ke belakang namun di tegah Medina. Dia geleng kepala.
“Jangan. Nanti dia tahu yang kita tahu dia tengah stalk kita,” larang Medina.
“Habis tu macam mana? Aku ni tak pernah-pernah kena stalk tau. Aku yang stalk orang adalah. Itu pun kat IG aku stalk Asyalliee dengan Khai Bahar aje.” Sempat lagi Stajo nak bergurau sambil tersengih.
“Okey, macam ni. Kita pergi Aeon kat seberang jalan sana tu. Masuk aje mana-mana kedai. Lari sini, lari sana terus dia tak dapat kejar kita.” Medina bagi idea.
“Okey, cantik.”

“KAU boleh ke nak balik sendiri ni? Nak naik apa?” soal Stajo sewaktu mereka berjalan keluar dari Aeon Station 18. Dah pukul 7 malam ni. Nasib baik lepas masuk Aeon tadi, lelaki misteri tu dah tak stalk depa lagi.
“Alaaa... tak apalah. Aku boleh balik sendiri. Teksi ada. Jangan risau.” Medina senyum sambil pandang Stajo. Namun riak wajah Stajo masih lagi menunjukkan bahawa dia ragu-ragu.
“Serius? Tak nak aku hantar? Teksi pun macam tak ada aje malam-malam macam ni.” Stajo masih risau. Dah bersahabat lama, of course risau. Perempuan ni bro, kalau dah sayang kat bestfriend dia, dia tak anggap bestfriend tu macam bestfriend dah. Dia anggap macam keluarga sendiri. Sebab itulah Stajo risau. Medina ni dah macam kembar dia. Perangai sama, gila-gila. Kiranya depa ni memang sekepala.
“Jangan risaulah. Aku okey.” Medina senyum lagi.
“Okeylah kalau macam tu. Aku cau dululah. Abang aku dah lama tunggu. Kau hati-hati eh? Apa-apa rojer,” pesan Stahjo. Medina mengangguk sebelum mereka berlaga-laga pipi. Medina cuma lihat Stajo pergi bersama kereta abang dia dengan ekor matanya saja.
Medina berjalan ke perhentian bas. Takut tu ada, tapi dia kena berani. Tapi... awat gelap semacam aje ni? Lampu jalan pun macam malap aje cahayanya. Jalan pun sunyi aje. Tak ada langsung orang lalu lalang. Bunyi anjing menyalak pun tak dengar. Perhentian bas pun macam jauh aje.
Medina dengar bunyi tin di sepak. Dia berhenti sekejap, lantas toleh belakang. Tak ada orang. Sunyi. Jantungnya sudah berdetak hebat. Sabar weh, sabar! Kau adalah apa yang kau fikirkan! Kalau kau fikir hantu akan muncul, karang muncul betul-betul mahu mati berdiri kau nanti. Cer kalau kau fikir pasal Khai Bahar ke, Nazmi Faiz Mansor ke, untung depa kut-kut muncul, siapa tahu? Hehe.
Medina melangkah lagi. Dia dengar ada bunyi tapak kaki. Yang pasti bukan tapak kaki dia. Dia terus berjalan. Dalam hatinya berdoa agar Allah SWT melindunginya dari segala malapetaka bahaya.
Dan sekali lagi... Kali ni bunyi batu pula. Medina cepat-cepat toleh. Tak ada orang, lain sekali. Sunyi lagi. Cepat sangat hilang. Kali ni dia tak boleh nak diam. Pantas pisau lipat dari dalam beg tangan di keluarkan lalu di acu ke hadapan.
“Keluarlah! Kalau kau manusia, keluar. Jangan jadi pengecut. Kau nak apa dari aku? Kenapa kau ikut aku?!” Lantang suara Medina. Dahinya sudah berpeluh. Dalam hati ada rasa takut yang perlu segera ditepis.
“Aku kata keluar, keluarlah!” Makin kuat suara Medina.
“Okey, saya keluar!” Ada suara lelaki. Medina pandang sebuah semak. Ada lelaki yang keluar dari situ. Tepat seperti jangkaan, pakaiannya semua hitam. Betul-betul dah macam Aiman Tino. Pantas pisau di acu tepat ke arah lelaki itu.
“Kau siapa? Kau nak apa dari aku? Kenapa kau ikut aku sejak dari pagi tadi lagi? Kau nak buat apa dengan aku hah?!” Medina mengundur beberapa tapak bila lelaki itu datang mendekatinya. Takut.
“Saya bukan nak apa-apakan awak. Saya tak nak apa-apa pun dari awak. Percayalah.” Lembut suara lelaki iu memujuk. Medina menggeleng. Tak percaya.
So stop walking towards me!” arah Medina. Tak penah-pernah dia jadi macam ni. Dah macam orang psiko dah. Dia takut. Apa-apa saja boleh terjadi. Dia cuma perempuan. Kudrat lelaki itu 10 kali lebih kuat dari dia. Lelaki itu boleh buat apa saja terhadapnya. Bunuh, rogol dan seumpanya. Takut Medina nak bayangkan.
“Okey, saya berhenti. Tengok, saya berhenti, kan?” Lelaki itu angkat tangan.
“Awak nak apa dari saya? Kenapa ikut saya?” soal Medina inginkan penjelasan.
“Saya tengah cari adik perempuan saya. Dia dah hilang seminggu dah. Dan wajah dia sama dengan awak. Sebab tu saya ikut awak. Saya cuma nak pastikan sama ada betul awak adalah dia atau bukan. Dan kebetulan, nama dia sama dengan awak, Anggun Medina Mansor. Saya tak ada niat lain. And please, letak pisau tu. Saya janji saya takkan apa-apakan awak. Trust me.” Ikhlas betul ayat dia di telinga Medina. Tapi tak semudah tu dia akan percaya.
“Apa yang yang buat awak fikir saya akan percaya?” Medina masih curiga. Tak mudah itu dia akan percaya dengan kata-kata lelaki yang entah siapa-siapa ini.
“Awak nak percaya ke tak, it’s up to you. Saya tak bohong. Saya memang tengah cari adik saya.” Lelaki itu tayang muka suci. Tak tahulah Medina sama ada nak percaya ke tak. Takkan memang kebetulan yang wajah dan nama dia dan adik mamat tu sama? Macam tak logik aje. Tapi kat dunia ni kat orang kata ada tujuh wajah serupa. Macam Fattah Amin yang kononnya ada kembar perempuan tu. Hmmm...
“Medina!” Ada suara yang sangat Medina kenal memanggil namanya. Dia toleh. Kesempatan di gunakan lelaki misteri itu untuk melarikan diri. Jangan risau, Medina. Kita akan jumpa lagi nanti.
“Kak Ina...” Medina menyahut perlahan bila nampak susuk tubuh kakak angkatnya, Farina. Cuma seorang.
“Ya Allah, Medina! Kamu buat apa sorang-sorang kat sini? Kamu tahu tak mama papa risaukan kamu?” Farina jelas kerisauan. Medina rasa serba salah. Tak ada niat pun nak buat semua orang risau. Tapi, cepat pula mama dan papa dia balik dari outstation.
“Tadi ada orang ikut Medina, kak.” Medina toleh kemudiannya. Aik, hilang? Mana mamat tu pegi? Cepat sangat hilangnya. Farina ikut menoleh sebelum meggeleng kepala.
“Tak ada orang pun kat sini, dik. Dah jom kita balik. Seua orang risau. Dahlah kamu pedajalkan Zara, lepas tu buat abang chik marah pula,” bebel Farina lagi semasa mereka berjalan ke kereta. Medina Cuma tadah telinga ajelah.
“Medina buat semua tu ada sebab. Zara yang cari pasal dulu dengan Medina. Tapi Medina tahu, mesti Medina kena marah lagi. Macam selalu.” Beu suara Medina.
“Apa-apalah, kita balik dulu.”

“MEDINA tahu tak apa yang Medina dah buat?” soal Encik Mansor. Suaranya tak dingin, tak juga ceria. Biasa aje. Encik Mansor selalunya takkan marah sebab dia sayang sangat dengan Medina. Apa Medina buat semua betul. Tapi yang betul itu jugalah yang salah pada mata abang dan kakak angkat Medina.  Encik Mansor takkan marah sebab dia sendiri tak suka dengan Zara tu. Macam itu juga dengan Puan Normala. Tapi biasalah, kalau dah benci, semua benda nampak salah.
“Pa, hukum aje perempuan ni. Tak boleh bagi can sangat. Karang lagilah dia pijak kepala kita adalah. Tak sedar diri. Kalau dah anak...”
Shut up, Fariz Amri Mansor.” Tenang saja suara Encik Mansor yang sedang duduk di sofa ruang tamu kedua rumah tersebut, memotong bicara Fariz. Cuma Medina yang lebih selesa berdiri. Yang lain duduk termasuk Zara.
“Medina... Papa sayangkan Medina. Tapi ini dah kali kedua Medina masukkan ubat tidur dalam minuman Zara. Buatnya dia overdose, macam mana? Dah tu, keluar rumah senyap-senyap. Yang kes ni banyak kali dah jadi. Buatnya jadi apa-apa kat Medina macam mana? Ni lagi satu, yang pergi hempas pintu depan muka Farizal dengan Zara tu dah kenapa? Kut ya pun marah janganlah sapai macam tu sekali. Tu namanya biadap. Farizal tu tua lima tahun dari kamu. Seali pun dia bukan abang kandung kamu, hormatlah dia sebagai orng yang lebih tua dari kamu.” Agak tegas kali ini suara Encik Mansor. Medina cuma diam.
“Papa tegur bukannya tak sayang. Sebab papa sayanglah papa tegu. Kalau tak, biaq pilah nak jadi apa pun jadilah. Hang ingat cheq kisah ka?” Medina rasa nak ketawa tapi di tahan dia dengar papa dia bercakap dalam lghat Kedah. Pa, kita duduk kat Ipoh ni. Keluaq loghat Kedah pasaipa?
“Jangan masukkan ubat tidur dalam minum Zara atau sesiapa lagi. Faham?”
“Faham, pa.”
“Jangan keluar rumah tanpa beritahu sesiapa lagi. Kalau nak keluar, call aje papa atau mama. Faham?”
“Faham, pa.”
“Jangan kurang ajar dengan Farizal lagi. Faham?”
“Faham, pa.” Dah tak ada ayat lain yan keluar dari mulut Medina.
Okay, so you can go now. Sekian mesyuarat tergempar malam ni. Wassalam.”
Semua nagkat mula. Gilir-gilir pandang Encik Mansor masih duduk dan Medina yang tengah berdii. Medina pun angkat muka sama. Aik, macam tu aje? Tak ada kena hukum ke? Bukannya apa, asyik buat salah tapi tak kena hukum, at least hukum lah sekali ni. Kena gantung tak boleh keluar rumah ke, bayar denda RM3,000 ke. Ceh, asal macam hukuman kesalahan tatatertib FAM je ni? Hehe.
Uncle, uncle tak boleh buat macam ni. Buatnya Zara betul-etul kena overdose, kemudian meninggal macam mana? Perempuan ni kenalah bertanggungjawab.” Zara tak puas hati. Sempat jarinya di tundingkan ke arah Medina. Medina pula tak puas hati dengan Zara.
“Helo, kau yang bengang sebab main minum aje air tu. Bukannya tak tahu berapa kali kena perdajal dengan aku.” Pantas Medina membidas.
“Medina, Zara, dah cukup tu. Zara, kalau kamu meninggal, uncle buat aje kenduri tahlil. Senang. Ada anak sedara pun tak guna juga. Dua kali lima aje dengan budak pungut yang kome duk hina ni. Tapi budak pungut ni jugaklah yang papa dan mama sayang lebih.” Sinis Encik Mansor.
“Pa, papa tak boleh menangkan sangat budak pungut ni. Papa tengoklah apa masalah yang dia dah buat.” Farhanah bersuara mewakili adik beradiknya. Fariz dan Farizal mengangguk. Farina dah mestilah geng papa dan mama dia backup Medina.
“Tapi anak pungut pembawa masalah ni jugaklah yang selalu luangkan masa dengan mama dan papa. Kome pergi mana? Semua sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak duduk kat rumah. Kuman seberang laut nampak. Gajah depan mata buat derk aje.” Sinis Puan Normala pula. Diam terus semua orang. Ayat ni memang #makandalam dan #deep betullah.

“Dah, Medina. Pergi naik atas, tidur. Kamu mesti penat kan?” Giliran Farina pula membackup Medina. Medina akur saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan