BAB 2
“KAU yakin ke yang itu Medina?” Amirul duduk di kerusi
meja makan. Cawan kopi di letakkan atas meja sebelum memandang lelaki yang
duduk bertentangan di hadapannya ini.
“Aku yakin, Yol. Aku yakin sangat. Aku
dah cari dia tiga tahun, bro. Aku yakin sangat itu memang dia.” Lelaki itu
mesra memanggil Amirul dengan nama panggilan, Yol. Mana datang nama tu?
Entahlah. Mungkin cilok nickname
pemain JDT, Amirulhadi Zainal tu kut. Fans
JDT panggil dia Yol.
“Nazmi, apa yang buat kau yakin sangat
yang itu memang Medina? Gambar terkini dia kau tak ada, maklumat pasal dia pun
tak banyak, tiba-tiba aje kau kata kau dah jumpa dia. Pelik aku.” Amirul masih
tak puas hati. Lelaki bernama Nazmi di hadapannya itu tersenyum.
“Helo, aku ada okey gambar dia. Banyak
lagi. Lawa chor. Dah macam Neelofa
weh.”
“Mana? Aku nak tengok,” pinta Amirul
teruja.
Nazmi buka telefon. Gambar Medina yang
di ambil dari Instagram gadis itu di ambil. Memang lawa. Sekali pandang mesti
jatuh cinta. Dah dapat gambar yang di cari, Nazmi serahkan telefon itu pada
Amiru.
“Bapak cun siot!” puji Amirul. Alis mata yang tebal. Mata bundar. Kulit kuning
langsat. Ada tahi lalat bawa hidung. Dua ulas bibir merah yang menggoda. Boleh
mencairkan jiwa mana-mana lelaki yang melihatnya termasuk Amirul sendiri. Dan
rasanya tak hiperbola sangatkan cara Amirul describe
kecantikan Medina?
“Kau kenal tak Little Miss Khan a.k.a.
Nur Ameera Khan a.k.a. adik Neelofa?” soal Nazmi tiba-tiba. Laju Amirul mengangguk
samil menyerahkan semula telefon tersebut pada Nazmi.
“Sebiji kan muka depa?”
“Haah. Tapi yang ni lagi cantik sebab
pakai tudung. Sejuk mata memandang,” puji Amirul lagi. Dah macam Hannah Delisha
pun ada.
“Mana kau dapat gambar dia ni? Banyak yeop.”
“Dia kan Instafamous. Followers
setengah juta. Anak angkat Uncle Mansor
pula tu. Siapa aje yang tak kenal dengn Anggun Medina Mansor? Seanggun namanya,
sesuci jiwanya.” balas Nazmi yakin. Betul, Medina memang popular. Dahlah
cantik, tinggi persis model, hidup dalam keluarga kaya. Itu kan idaman semua
wanita.
“Habis bila kau nak jumpa dia lagi?
Kalau first time jumpa pun dia dah
acu-acu pisau kat kau, entah esok lusa dia bawa senapang gajah pula.” Amirul
cuba bergurau.
“Nantilah aku fikir.” Nazmi tak mahu
binacang soal itu lagi.
“Kenapa eh kau beria-ria sangat nak
satukan Medina dengan keluarga dia? Padhal dia tak kenal kau, kau tak kenal
dia.” Dalam masa yang sama, Amirul sebagai sepupu kepada Nazmi rasa kagum
dengan kesungguhan Nazmi. Pentingkan kebahagiaan orang lain erbanding kebahagiaan
sendiri.
“Yol, dalam hidup ni kadang-kadang kita
kena jaga tepi kain orang juga. Ibu Rahayu tu sahabat baik umi aku. Aku sendiri
dah anggap dia macam ibu aku sendiri. Sebab tu aku panggil dia ibu. Aku nak
tengok Ibu Rahayu bahagia balik. Dah 23 tahun dia menderita. Aku nak tengok dia
bersatu balik dengan keluarga dia. Sebab tu aku belkan Ibu Rahayu rumah ni.
Sebab dekat sangat dengan rumah keluarga angkat Medina.” Itu janji Nazmi. Dia
mahu lihat senyuman Rahayu tatkala bersatu dengan keluarganya.
“Yol, kau tolong aku eh?” Tak mungkin Nazmi
dapat lakukan segalanya seorang diri. Dia perlukan bantuan.
“Helo, apa gunakan aku jadi sepupu
a.k.a. sahabat baik kau kalau aku tak boleh nak tolong kau?” Nazmi senyum bila
dengar Amirul cakap macam tu. Dah tahu dah yang Amirul setuju.
“So, bila kau nak jumpa Medina lagi?”
soal Amirul.
“Entahlah. Macam kau cakap, first time jumpa dia dah acu pisau kat
aku. Dua kali jumpa agaknya dia bawa senapang gajah pula kut. Nantilah aku
fikir.”
“Fikir apa pula ni?” Suara asing tiba-tiba
mencelah. Nazmi dan Amirul lantas panggung kepala. Wanita yang berumur
lingkungan 40-an yang amat mereka kenali muncul. Rahayu. Dia dengar ke apa yang
Nazmi dan Amirul bincangkan tadi?
“Tak ada apalah, ibu. Kita orang tengah
fikir pasal masalah remaja zaman sekarang ni.” Pandai Amirul menjawab. Main
tembak aje apa yang ada dalam kepala. Rahayu melabuhkan punggung di sebelah
Nazmi sambil tersenyum.
“Macam tak boleh percaya aje ayat kamu
tu, Yol. Lain macam aje.”
“Ibu dah sihat ke?” Nazmi cepat-cepat
alihkan topik. Tak nak kantoi. Logik juga ayat yang dia tanya tadi. Sebab
Rahayu memang tengah demam sekaang ni. Sebab tu dia dan Amirul pulang ke rumah
Rahayu ni.
“Alhamdulillah, dah kebah sikit. Sebab
tu ibu boleh jalan turun sendiri ni.”
“Ibu kena banyak rehat. Jangan nak
stres-stres fikir pasal apa-apa. Karang melarat pula demam tu. Ibu kan ada
kata, ibu jarang demam. Dalam setahun tu langsung tak pernah demam kan? That means, antibodi ibu kuat.Tapi bila
ibu demam mesti ada something ni.”
Pabila Doktor Amirul Mazlan Khalid berbicara, macam itulah jadinya. Haha. Dah start dah nak kasi ceramah doktor dia
tu.
”Entahlah, Yol. Ibu sebenarnya dua tiga
malam ni asyik mimpi benda yang sama aje. Bangun pagi tu mulalah badan ibu
panas semacam.” Rahayu mula bercerita. Nazmi dan Amirul saling berpandangan
sesama sendiri. Cuba mencerna kenyataan Rahayu. Apa maksud dia?
“Ibu mimpi apa?” Giliran Nazmi bertanya.
“Ibu mimpi seorang perempuan. Pakaian
dia semua putih. Bersinar-sinar. Cantik. Macam bidadari. Kemudian dia senyum
dan panggil ibu, ibu. Kemudian dia melambai pulak. Lepas tu hilang. Tiga malam
berturut-turut ibu mimpi orang yang sama,” cerita Rahayu lagi.
Nazmi dan Amirul buat muka pelik sebelum
saling berpandangan lagi. Rahayau dah mula ingat apa-apa ke? Adakah ini petanda
bahawa ingatan Rahayu dah mula pulih? Maklumlah, Rahayu langsung tak ingat
apa-apa tentang kejadian 23 tahun lalu. Amnesia. Bila di suruh mengingat
kembali, Rahayu mesti akan sakt kepala. Sejak itu, tak ada siapa pun bangkitkan
isu 23 tahun itu lagi.
Dan sekarang, seolah-olah mimpi itu cuba
mengembalikan ingatan Rahayu. Medina ke gadis yang muncul dalam mimpi Rahayu
itu?
“Kamu berdua tahu tak apa maksud mimpi
ibu tu?” soal Rahayu.
“Tak tahulah pula. Tapi ibu ingat lagi
tak wajah perempuan tu? Ada iras-iras siapa?” soal Amirul pula. Rahayu seperti
cuba mengingat kembali.
“Macam Neelofa.”
Jangan main-main. Ibu Rahayu pun kenal
Neelofa tau! Haha.
Amirul dan Nazmi saling berpandang lagi buat
kali yang entah ke berapa. Rahayu pula yang pelik. Budak dua orang ni asyik
pandang satu sama lain aje. Ada apa ni?
“Dah kenapa ni duk saling pandang
memandang ni? Nak lawan siapa paling macho
ke apa?” Rahayu pelik.
“Tak ada apalah ibu. Pelik aje bila ibu
sebut nama Neelofa. Kenal juga eh ibu dengan dia?” Nazmi sengih. Rahayu senyum.
“Apa pula tak kenal. Dah nama pun hari-hari
ibu tengok rancangan MeleTop. Takkanlah tak kenal...”
“Tak apa. Nanti kita orang cari tahu
siapa perempuan tu. Ibu jangan risaulah.” Rahayu mengangguk bila mendengar kata
Amirul.
PETANG itu, Medina bersiar-siar di taman. Cuma seorang
diri. Dah dah biasa jalan sorang-sorang. Nak tenangkan fikiran. Banyak sangat
masalah.
Kadang-kadang
dia terfikir, kenapa takdir hidupnya macam ni? Takkanlah sampai bila-bila dia
akan di benci adik beradik angkatnya? Takkan mereka tak ada walau secebis rasa
kasih pada Medina? Apa kan jadi dengan nasib dia kalau papa dan mama angkatnya
meninggal dunia nanti?
Medina ada juga terfikir, ke mana
perginya orang tua angkatnya? Papa kata, dah meninggal. Tapi kenapa Medina
mereka masih hidup? Kenapa Medina rasa meeka begitu dekat dengan dia? Kalau
betul masih hidup, ingatkah lagi mereka pada Medina? Kenapa mereka serahkan
Medina pada keluarga angkat? Ke Medina ni anak luar nikah? Sebaba tu mereka tak
nak jaga Medina?
“Jaga-jaga!” Jeritan seseorang buatkan
Medina tersedar yang dia dah berjalan berhampiran gawang gol di sebuh padang
besar. Dia pandang sebelah kanan. Terkejut nampak sebiji bola menghala ke
arahnya. Medina tak tahu nak buat apa. Kakinya kaku.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki tangkas
menangkap bola itu. Lagaknya seperti penjaga gol kebangsaan. Dah macam Apek pun
ada. Siap pakai sarung tangan lagi. Medina tetap kaku. Tak tahu nak buat apa
bila lelaki itu berjalan ke arahnya bersama bola di tangan.
“Awak okey?”
Okey, kali ni terkejut kuasa dua.
Bukannya apa. Terkejut sebab nampak lelaki yang sama. Mamat acah-acah Aiman
Tino tu? Dia buat apa kat sini?
“Awak?” Medina tunding jari pada lelaki
itu. Lelaki itu cuma senyum gula.
“Awak pergi duduk kat bangku sana. Nanti
saya datang,” arah si dia. Laju pula kaki Medina ikut arahan mamat tu. Itulah
kau, Medina. Jalan sambil berangan. Macam mana boleh masuk ke dalam padang ni?
Nasib baik tak masuk ke tengah padang. Nasib baik juga kepala tak benjol kena
bola. Nasib baik jugalah abang goalkeeper
yang sekarang Medina tengok dah acah-acah Izham Tarmizi tu nak jadi hero tolong
selamatkan kau dari kena bola tu.
Izham Tarmizi konon... Kau ingat kau tu
Mia Ahmad ke Medina oi?
“Hai,” sapa seseorang. Medina angkat
kepala. Nampak lelaki tadi dengan selambanya duduk sebelah dia. Medina pandang
lelaki itu.
“Awak lagi?” Kali ini bersama tundingan
jari runcing Medina.
“Ya lah, saya. Berjumpa lagi kita eh?
Awak tak rasa ke kita ni ada jodoh?” Manis senyuman lelaki itu. Medina sepak
kaki mamat sengal tu. Memang sengal! Jodoh kaki kau! Rasakan sepakan penalti
aku. Sakit kan? Padan muka! Medina jeling.
Lelaki itu masih mampu tersenyum. Tak
adalah sakit sangat tendangan penalti cik adik manis ni. Tapi kalau dia
betul-betul buat freekick, mungkin
boleh buat Safiq Rahim ternganga tiga saat.
“Saya Nazmi. Awak mesti Medina kan?” Nazmi
beri senyuman semanis gula. Medina pandang Nazmi. Eh, dia tahu nama aku? Sah,
mesti stalker ni! Misteri sungguh
mamat ni sampai nama aku pun dia tahu.
“Macam mana awak tahu nama saya?” Medina
tayang muka pelik. Tapi Nazmi dengan tipikalnya, selalu tersenyum.
“Awakkan Instafamous. Followers
setengah juta. Nak-nak papa awak orang yang ada nama. Siapa aje tak kenal
dengan Anggun Medina binti Mansor? Sampai Neelofa dan Datuk Siti Nurhaliza pun follow. Jangan kata Neelofa dengan Encik
Siti, Laudya Cynthia Bella pun follow
juga.”
Memang betul-betul stalker ni! Medina dah mula curiga. Nazmi ni duk stalk Instagram aku ke apa sampai dia tahu siapa yang jadi followers aku?
“Awak ni stalker eh?”
“Stalker? Of course no. I’m football player.
Midfielder and goolkeeper. Dua-dua position
saya boleh main.” Medina agak terkejut mendengarnya. Tapi tak mustahil juga.
Ada aje goalkeeper yang boleh main
posisi lain.
“Main Liga Super ke?” tanya Medina lagi.
Nak tahu aje.
“Tak dapat tawaran macam mana nak main?
Kalau ada team yang nak ambil saya
main, saya okey aje. Tahun lepas pernahlah main Liga Super, tapi injured teruk. Then, saya ambil keputusan keluar dari team. Sekarang dah okey, dah tak injured dah,” cerita Nazmi. Medina anguk lepas tu diam aje. Rasa
canggung. Takut sikit pun ada.
Senyap pula. Medina selesa memerhatikan
padang yang sudah pun kosong. Dah dah habis, sebab tu cik abang goalkeeper ni boleh duduk bersembang
kedai kopi Pak Meon dengan dia.
“Medina, awak takut dengan saya ke?”
Nazmi tiba-tiba tanya. Medina pandang Nazmi. Muka aku ada nampak macam tengah
takut ke sekarang ni?
“Mana ada. Saya memang macam ni.
Canggung kalau dengan lelaki yang baru kenal. Nak-nak awak pernah jadi stalker saya. Siapa aje tak takut?”
Pantas Medina menjawab. Tapi, mamat sebelah dia ni boleh gelak pula. Entah apa
yang lawak, Medina pun tak tahu.
“Pipi merah tu kenapa?” Nazmi terpandang
pipi kanan Medina yang merah semacam itu. Mesti kes kena tampar ni. Takkanlah
minah ni pakai blusher kut. Kalau ya,
kenapa sebelah aje?
Medina pegang pipinya. Tak sukanya bila
kantoi macam ni. Medina teringatkan kejadian tadi. Kejadian yang buat pipinya
merah dan yang buat dia datang ke sini.
MEDINA buka peti ais lalu mengambil air oren Tropicana
Twister dan berjalan menuju ke meja. Gelas bertangkai di ambil lalu air oren
itu di tuang. Baru Medina nak minum, dia nampak kelibat Zara. Terus tak ada
hati nak minum.
“Hai... kat dalam rumah pun nak kena
pakai tudung ke?” sinis Zara.
Minah ni memang nak kunyah gelas nampak
gayanya. Medina mula bengang. Zara ni SPM Pendidikan Islam gagal ke apa? Tapi,
bukan Anggun Medinalah kalau tak ada ayat deep
yang keluar dari mulut dia!
“Aurat tu mahal. Sebab tu perempuan
murahan tak mampu nak tutup aurat...”
Haaa... kau rasa? Memang #makandalam dan
#deep betullah! Ayat Facebook Medina bagi. Zara hempas kuat pintu peti ais.
Terkejut Medina di buatnya. Mencerlung mata kedua gadis tu bertikaman sesama
sendiri.
“Kau hina aku?” tanya Zara kasar. Medina
senyum sinis.
“Aik... terasa ke? Maknanya kau memang
mengakuilah kenyataan aku tu? Yang kau memang perempuan murahan?” Makin sinis
senyuman dan ayat Medina. Betul-betul buat hati Zara panas. Awal-awal lagi dah
nak bergaduh.
“Kau cakap apa, Medina?”
Zara dan Medina masing-masing panggung
kepala. Zara pula yang senyum sinis manakala Medina dah kecut perut bila nampak
susuk tubuh Fariz muncul di dapur. Matilanakkk...
“Zara atau kau yang perempuan murahan? Kau
jangan nak cakap sepupu aku macam tu, Medina. Cermin dulu diri kau tu siapa!
Sehari tak buat masalah memang tak sah. Dasar anak pungut tak sedar diri.”
Pedih ayat Fariz menusuk hati Medina.
“Dengar du...”
“Kau diam! Jangan nak menjawab. Kau
menjawab lagi, penampar kau dapat.” Pantas Fariz memotong bicara Medina. Jari
telunjuk lelaki itu di tuju pada Medina.
“Tapi...”
Laju tangan Fariz singgah di pipi
Medina. Tergamam Medina di buatnya. Langsung tak menjangka bahawa Fariz
benar-enar akan mengotakan a[a yang di katanya. Senyuman sinis Zara mati.
Terkejut dengan aksi sepantas kilat itu.
“I’m
man of my word. Jangan cabar aku, Anggun Medina.”
“MEDINA!” Nazmi petik jari depan muka Medina. Mengelamun pula
minah ni. Fikir apa tak tahulah. Orang tengah cakap dengan dia, dia boleh
berangan pula.
Medina tersedar dari lamunannya. Lenyap
terus drama air mata tadi. Medina pandang Nazmi. Lelaki itu bagaikan mengharap
jawapan dari dia. Tapi tak semudah itu dia nak ceritakan segalanya.
“Tak ada apalah.” Medina alihkan
pandangan dari Nazmi. Nazmi tahu ada sesuatu yang terjadi. Walaupun gadis itu
tak mahu bercerita, tapi gerak hatinya mengatakan ada sesuatu yang Medina
sembunyikan. Nazmi tak mahu mendesak Medina untuk menceritakan segalanya.
Perlahan-lahan kayuh...
“Kalau awak rasa ada sesuatu yang awak
nak cerita, awak boleh cerita dengan saya. Saya sudi nak dengar.” Berani mati
betul ayat Nazmi. Medina mencebik bibir.
“Tak payah nak poyo sangat boleh tak?
Kita jumpa baru dua kali saya tak kenal awak dan awak tak kenal pun siapa saya.
So jangan nak bajet sangat eh.”Medina
kemudian menjeling sekilas. Nazmi masih dengan senyumannya. Awak tak kenal saya,
tapi saya kenal sangat-sangat dengan awak...
“Okey, jadi apa kata kalau kita mula
saling mengenali antara satu sama lain? Maybe
boleh jadi kawan?”
Medina lantas pandang Nazmi. Entah
apa-apalah mamat ni. Siapa entah nak kawan dengan dia. Cukuplah ada Stajo si
sengal tu aje jadi kawan aku. Itu pun aku dah jadi sama sengal dengan dia. Haha.
“Siapa entah nak kawan dengan dia...” Itu
sama maksud dengan, ‘saya tak nak’.
“Kalau awak jadi adik saya nak tak? Saya
tak ada adik perempuan. Kalau ada pun, tak secantik awak. Awak macam bidadari
dunia pada saya.”
Huh, adik pula dah. Tak ingin aku nak
jadi adik kau. Sedangkan dua orang abang angkat aku tu pun dah perangai serupa
setan kalau dengan kau yang baru kenal ni tak tahulah aku. Dah tu, dia gelarkan
Medina idadari dunia pula. Hm,.. okeylah tu. Sebab kalau sebut bidadari syurga
rasanya hiperbola sangat. Bidadari syurga beribu kali jauh lebih cantik dari
dia.
“Tak ingin pun. Saya dah ada dua orang
abang angkat. Cukuplah tu. Itu pun dua-dua perangai mengalahkan setan...” Ayat
terakhir itu Medina ucap perlahan. Tapi mampu sampai ke telinga Nazmi.
“Apa dia?” Nazmi tanya lagi. Dia meang
dengar dengan jelas apa yang Medina ucap tadi. Cuma mahu gadis itu ulang
semula.
“Tak ada apalah.” Medina masih dengan
wajah bekunya.
“Adik tak nak, kawan tak nak. Kalau awak
jadi girlfriend saya nak tak?” Ayat
maut Nazmi bagi. Pantas Medina pandang wajah lelaki itu. Senyuman versi pencuri
hati menghiasi wajah jambu dia. Langsung tiada misai. Matanya bundar besar.
Rambutnya hitam pekat, stailo. Medina cepat-cepat sedarkan diri dari lamunan.
“Girlfriend?
Boleh aje. Tapi bawa duit hantaran RM50,000 dulu. Boleh?” Medina cuma bergurau.
“Kalau awak nak cash sekarang juga pun boleh.”
Medina pandang Nazmi. Roman wajah lelaki
itu serius bebenor. Tapi Medina cuma
menganggap Nazmi hanya bergurau.
“You
must be joking, right? Dahlah, malas nak layan. Saya nak balik.
Assalamualaikum.” Medina lantas berlalu pergi. Nazmi senyum melihat gelagat
Medina. Permulaan yang bagus.
Nazmi keluarkan telefonnya. Nombor
Amirul di cari lantas di lekapkan ke telinga. Ada perkara yang perlu di
bincangkan.
“Yol, kita jumpa sekarang. Tempat
biasa.Ada benda mustahak nak bincang ni.” Lepas salam di cap, itulah ayat yang
keluar dari bibir merah Nazmi.
“Ada apa pula?” Amirul menyoal. Rasa
pelik. Lain macam pula Nazmi hari ini.
“Tak payah banyak soal. Datang aje.
Banyak pula cekadak mamat ni. Datang tau.” Nazmi membebel sikit.
“Yolah.
See you there. Bye.”
“Bye.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan