Jumaat, 7 Julai 2017

DSCDSR (BAB 3)

“KAU yakin ke dia kena dera?” soal Amirul ragu-ragu selepas Nazmi selesai menceriatkan segalanya. Agak kurang percaya dia dengan kenyataan Nazmi. Dua kali jupa dah tahu semua benda? Wow..
“Aku yakin, Yol. 200%!”
“Kau sendiri yang kata, dia cakap perlahan tapi kau sempat dengan. Point dia kat sni adalah, kau yakin kau dengar dengan jelas ke atau kau dengan sipi-sipi then kau buat conclusion sendiri? Or, dia cakap benda lain tapi kau faham benda lain?”
Nazmi diam kejap. Betul jugak apa yang Amirul cakap. Medina tak ada cakap pun yang dia kena dera. Cuma apa yang Nazmi dengar dengan amat jelas adalah yang Medina kata perangai abang-abang angkat dia tu serupa setan. Itu tak bawa makna apa-apa. Mungkin Medina cuma bergurau. Mungkin apa yang dia maksudkan adalah perkara yang baik. Mungkin setan yang Medina maksudkan itu adalah sikap abang-abang angkat dia yang suka nak menyakat. Boleh jadi juga. Bukan abanglah kalau tak menyakat adik. Betul tak?
“Yalah-yalah... Aku yang silap.” Nazmi masih memikirkan soal tadi.
The only way untuk kau tahu sama ada dia kena dera atau tak, cuba dekati dia. Cuba jadi sahabat, abang, dan pendengar masalah dia. Perempuan ni bro, dia cuma akan ceritakan masalah dia dengan tiga jenis orang. Orang yang dia percaya, orang yang dia dah lama kenal and orang yang dia sayang. Kau maybe boleh jadi ketiga-tiganya sekali tapi ambil masa. Kau ambil masa untuk buat dia percayakan kau. Kau dekati dia, faham isi hati dia, airr muka dia, then dia akan percayakan kau dan akan ceritakan masalah dia pada kau. Next, orang yang dia dah lama kenal. Ini pun ambil masa juga. Lastly, orang yang dia sayang. Kalau kau berani dan kalau kau memang betul-betul ikhlas dengan dia, dan dia pun suka kat kau, aku confident dia boleh cerita semua benda tanpa rasa malu atau rasa pekara tu pirasi. Sebab fitrah perempuan ni dia nakkan perhatian. Walaupun aku tak ada girlfriend lagi tapi hari-hari aku mengadap patient weh. Lelaki dan perempuan bujang. Suami isteri. So aku tahu dah karenah setiap patient.” Panjang pula Doktor Amirul Mazlan bin Khalid ni membebel.
“Kau ni doktor ke kaunselor? Banyak pula membebel.” Nazmi senyum kecil selepas itu. 
“Kau ni... penat aku membebel tau!”
Nazmi ketawa bila Amirul cakap macam tu. Otaknya kembali mencena bebelan Amirul tadi.
“So, kau nak pilih cara yang mana? Satu, dua atau tiga?” soal Amirul.
I’ll try all. Aku nak semua. Aku nak jadi orang yang dia percaya, orang yang dia dah kenal lama, dan...” Nazmi diam lepas tu. Rasanya Amirul dan faham apa yang bakal dia ucap kemudian.
“Yang last tu memang gila. Kau serius nak try semua? Esspecially yang last tu?” Amirul kerukan dahi. Tak percaya. Dia saja aje bagi idea macam tu. Tak sangka pula Nazmi memang betul-betul nak cuba idea tu. Gila!
Nazmi cuma diam.
“Kau suka dia ke?” soal Amirul lagi. Nazmi diam sambil tersenyum.
“Kalau aku di sini cinta, kau rasa Medina yang di sana tu rindu tak?”Nazmi tanya alik. Tak jawab pun soalan Amirul. Sebelah keningnya juga terangkat.
“Amboi... Kau ingat ni lagu Tajul dan Wany Hasrita ke? Di Sana Cinta Di Sini Rindu?” Kemudian, Amirul mencebik. Nazmi ketawa tiba-tiba.
“Tak, ni lagu Despacito.” Nazmi ketawa lagi.
“Sengal!” Amirul pun ketawa juga.  Nazmi ni kalau tak buat lawak memang tak sah. Sunyi hidup Amirul kalau dia tak ada. Untung ada sepupu dan sahabat macam ni. Selalu bagi semangat time susah, dan selalu buta lawak untuk ceriakan hati yang lara. Ecewah...
‘”Back to topic. Kalu ikhlas ke macam mana ni?” Amirul kembali serius. Nazmi juga dah berhenti gelak.
“Entahlah, Yol. Tapi aku dah ada rancangan untuk dekati Medina.” Nazmi seyum kembali. Amirul juga dah buat muka curious, nak tahu.
“Apa dia?”
Nazmi hanya senyum bila Amirul soal macam tu. Adalah rancangan dia nanti.. Tunggu ajelah. Confirm gempak punya.

NAZMI tekan loceng pintu rumah banglo tiga tingkat ini. Rumah Encik Mansor dan Puan Normala. Ada hajat yang dia ingin sampaikan. Alang-alang bolehlah jumpa Medina juga. Rindu ni. Haha. Nazmi Cuma seorang tanpa Amirul. Amirul tiba-tiba kena ganti tempat seorang doktor bedah yang ada hal kecemasan. Bagus juga tu. Tak adalah mamat tu sibuk nak ikut sebab rancangan ni meupaan misi solo Nazmi. Nanti Amirul akan tahu juga apa rancangan dia.
“Assalamualaikum.” Itu ayat pema Nazmi tatkala pintu sudah di buka dari dalam. Agk hampa bila melihat perempuan lain yang buka pntu. Nazmi kenal peempuan yang berdiri depan dia sekarang ni. Farhanah Ameera. Boleh tahan cantik. Macam Mira Filzah. Mewarisi kecantikan Puan Normala.
“Waalaikummussalam. Cari siapa eh?” Agak ramah Farhanah menegur. Ada senyuman di bibirnya.
“Saya Nazmi. Encik Mansor dengan Puan Normala ada? Saya nak jumpa dia orang boleh?”
“Papa dengan mama ada aje kat dalam. Jemput masuk,” pelawa Farhanah. Nazmi senyum juga lalu ikut Farhanah masuk. Mereka berjalan ke ruang tamu.
“Jemput duduk dulu. Saya panggil papa dengan mama eh?” Nazmi anguk bila mendengar kata-kata Farhanah. Dia duduk manakala Farhanah sudah menghilang.
Sementara menunggu, Nazmi sempat lagi menganalisis rumah banglo ini. Taklah besar sangat, rumah banglo dua tingkat biasa aje. Tapi cantik. Warna pastel, collat muda memenuhi segenap ruang. Itu buat rumah ni taak mewah walaupun hanya rumah banglo biasa.
“Nazmi, dah lama tunggu ke?” tegur seseorang. Nazmi lantas bangun bila nampak susuk Encik Manosr dan Puan Normala. Kedua-duaya di salam penuh hormat lantas dia juga duduk. Dia tahu yang Encik Mansor dan isternya mengenali diri dia kerana Encik Mansor merupakan kawan baik papa dan paksu dia.
“Baru aje sampai, uncle. Uncle dengan aunty sihat?”
“Sihat alhamdulilah. Kamu dengan famili kamu macam mana? Sihat?” soal Encik Mansor semula.
“Sihat, uncle. Saya datang ni pun ada hajat.”
“Hajat? Haaa... bagus. Anak dara mana satu yang kamu nak pinang dalam rumah ni? Ada dua orang. Sorang anak angkat uncle tu, Medina. Sorang lagi anak saudara uncle, zara. Pilih anak nak. Dua-dua cantik, cun, meletop baq hang! Kalau nak dua-dua lagi bagus!” Belum apa-apa Encik Mansor dah buat kesimpulan sendiri.
Nazmi garu kepala. Adoiii... Uncle! Saya bukan nak masuk meminang lah deyyy. Saya nak bagi kad kahwin sepupu sayalah! Dan sepupu tu bukan Amirul tapi adik perempuan Amirul, Amylia dan cinta hatinya, Khairul. Amirul tu bukannya ada girlfriend pun. Sibuk memanjang. Aiyooo... Asal cakap ada hajat mesti orang kata nak meminang. Apa daaa...
“Ya Allah, uncle! Saya bukan nak masuk meminanglah. Saya nak bagi kad kahwin ni. Sepupu saya kahwin. Paksu saya suruh saya bagi kat uncle. Suruh jemput uncle dengan aunty datang.” Nazmi serahkan kad kahwin yang dia bawa dari tadi kepada Encik Mansor. Encik Manosr buka kad itu dan seakan-akan sedang berbincang dengan isterinya. Ada apa ni?
“Kami minta maaflah, Nazmi. Tapi kami tak dapat nak datang. Uncle kena outstation, aunty kena ikut sekali.” Puan Normala yang hanya diam dari tadi, kini bersuara. Nazmi agak hampa. Dahlah majlis perkahwinan tu salah satu cara untuk dekati Medina. Punah harapan...
“Dan tu macam mana aunty, uncle? Paksu dengan maksu saya tu nak sangat aunty dengan uncle untuk datang.”
Pandainya kau, Nazmi. Padahal kau dah tahu yang depa kena pergi outstaion. Kau macam suruh depa hantar wakil pi kenduri kahwin Amylia tu kan? Haha, bijak kau Nazmi. Bijak betul!
“Habis tu macam mana abang? Projek kat Sabah tu kan penting.” Puan Normala bebisik pada suaminya naun Nazmi dapat menangkap butir bicara wanita itu. Encik Mansor hanya diam. Beberapa ketika kemudian dia berbisik sesuatu pada telinga isterinya.
“Medina! Medina! “ Nama Medina dia panggil ayah anagkatnya. Nazmi senyum sembunyi. Dah agak dah... Mesti depa akan suruh Medina pergi jadi wakil. Tak percaya? Tunggu kejap lagi.
“Ada apa, pa/” Medina muncul. Nazmi pandang wajah ayu gadis itu. Cantik tanpa sebarang mekap. Macam pelakon Hannah Delisha itu. Comel aje. Tudung pun nampak serbai tapi cantik.
“Duduk dulu,” arah Encik Manso. Medina hanya menuut. Terkejut jugaklah dia bila nampak Nazmi tadi. Sempat lagi mata bersabung dengan lelaki itu. Apalah mamat tu buat kat sini?
“Sabtu ni kamu free tak?” soal Puan Nomala. Medina kerutkan dahi. Sabtu ni? Free kut. Bukannya dia buat apa pun kat rumah ni. Medina angguk perlahan.
Good. Kamu kena pergi wedding ni. Wakilkan mama dengan papa.” Encik Mansor seraya menyerahkan kad kahwin Amylia dan Khairul. Medina mengambil lantas membacanya. Dahi di kerutkan kemudian Medina pandang papa dan mamanya.
“Kenapa mesti Medina? Kenapa tak suruh anak-anak papa tu?” Beku wajah Medina tatkala menuturkan ayat itu. Nazmi perasan ada sesuatu yang tak kena. Betullah gerak hati dia selama ni.
“Sebab cuma Medina yang mma dan papa percaya lebih dari anak-anak yang lain.”
Okey, Medina dah speechless bila dengar mama dia menjawab. Agaknya betullah tu. Sebab pada kebiasaanya, kalau sesebuah keluarga itu ambil anak anagkat, anak angkat akan lebih di sayangi berbanding anak kandung. Bercakap berdasarkan kenyataan teh. Ini namanya fakta.
“Boleh?” Encik Mansor minta kepastian. Medina angguk yang tak berapa nak ikhlas.
Good girl. Haaa... lupa papa nak kenalkan. Ini, Nazmi Syahrin. Anak Uncle Amirullah. Nazmi, ini anak uncle, Anggun Medina.”
Nazmi senyum manis pada Medina. Tak perlu kut nak beritahu yang mereka dah kenal. Medina buat muka masam. Ebab dah kenallah dia oleh buat muka macam tu. Kaau aru kenal, tetu dia senyum manis juga macam Nazmi. Tak suka sebenarnya lelaki itu ada di sini. Pelik juga acam mana Nazmi boleh tahu umahnya. Soal itu, nantilah dia tanya.
“Medina...” tegur Puan Normala bila melihat anak daranya hanya bermasam muka dengan teteamu. Medina pandang mamanya. Kemudin dia kembali memandang Nazmi dengan seyuman manis di bibir.
Nazmi dah agak dah, mesti Medina akan nampak cantik bila senyum. Bukan Medina aje, mana-mana lelaki atau perepuan pun maca tu jugak. Akan nampak cantik atau handsome bila ada senyuman di bibir. Manis.
“God girl. Kalau macam tu, kami naik dululah. Nazmi, kalau nak bawa anak uncle keluar jalan-jalan, pergilah. Uncle izinkan. Tapi jangan bawa tempat ukan-buka pula.” Encik Mansor dan isterinya sudah bangun. Lama-lama kelibat meea hilang.
Hai, papa! Semudah satu dua tiga aje benaran aku keluar. Dengan Nazmi pula tu! Ada apa ni? Kut ya pun dah kenal lama, takkanlah semudah ABC pula nak benarkan aak dara dia keluar degan lelaki? Medina pandang Nazmi dah lelaki itu pandang Medina balik.
First of all, macam mana awak tahu kat mana rumah saya?” Ayat pertama keluar dari bibir Medina.
“Guna Waze.”
“Janganlah main-main!” Medina dah bengang. Tak puas hati. Yeop, aku serius ni!
“Main-main apa pula? Betullah saya guna waze. Kenapa? Tak percaya/ Nak tunjuk ke?” Nazmi dah nak keluarkan telefonnya. Tapi Medina menghalang.
Second, pukul berapa nak pergi Sabtu ni?” Medina terus aje straight to the point. Tak ada nak berkias-kias bagai. Lagipun Sabtu ni bukannya lama lagi pun. Lusa aje.
“Jom keluar. Kita pergi makan. Papa dengan mama awak dah benakan saya bawa awak jalan-jalan tu.”
“Tapi...”
No objection, Medina. Now!” Lembut tapi tegas. Itulah cara Nazmi Syahrin. Terus dia poong ayat Medina. Medina pula pandang lama Nazmi sebelum nejeling.
“Yalah. Tunggu saya siap.”

MEDINA pandang Nazmi yang tengah makan ayam KFC di Aeon Station 18, Ipoh ini. Pandang lama. Bukannya jatuh cinta ke apa,  tapi entahlah. Rasa lain macam. Medina sedut air Pepsi dia. Mata masih tak lepas memandang Nazmi.
“Kenapa pandang saya macam tu? Jatuh cinta?” Nazmi angkat muka seraya mengelap mulutnya. Dah selesai makan.
“Eh, pleaselah. Tak ada kerja saya nak jatuh cinta dengan awak. Nak tanya. Gerak pukul berapa Sabtu ni? Balik pukul berapa? Saya kalau boleh tak nak tidur sana. Tak selesa.”
“Pergi pukul 12, balik pukul. 1:30 petang.aya tak boleh nak lama sebab ada hal. Lagipun bukannya jauh, dekat aje. Nanti saya ambil awak kat rumah.” Nazmi suap cheesy wedges masuk mulut.
“Kalau dia orang tanya saya ni siapa, apa nak jawab? Saya tak nak kena cop bakal isteri awak,”
“Saya cakaplah awak ni anak Uncle Mansor. Tapi kalau nak saya cakap yang awak tunang saya pun boleh.” Nazmi sengih manja.
Medina sepak kaki Nazmi. Mengadu kecil lelaki itu. Cari pasal, itu makan dia. Itu baru aku sepak kaki, belum aku sepak bola buat freekick. Confirm, Ghaddar pun ternganga. Haha.
“Sakitlah. Awak ingat kaki saya ni bola?” Nazmi kerutkan dahi. Medina cuma buat muka selamba.
“Lain kali jangan nak cakap yang bukan-bukan. Itulah makan dia. Saya tak suka tau tak?” Medina menjeling lagi. Nazmi masih mampu senyum.
“Awak ada abang dan kakak angkat, kan?” Nami dah mula tanya soalan kuali panas.
“Hmm..” Medina acuh tak acuh saja mengiakan. Secara tak langsung menguatkan lagi firasat Nazmi bahawa ada yang tak kena.
“Dia orang baik tak dengan awak?” soal Nazmi lagi.
“Sibuk nak tahu kenapa?” Medina tak habis-habis jeling lagi. Siuk aje dia ni. Kau ingat kau siapa nak tahu kisah hidup aku? Kau ingat aku macam Neelofa yang nak share semua benda kat umum?
“Laaa... takkan tak boleh?”
“Memang tak boleh. Tak payah sibuk nak tahu. Awak ingat awak siap nak tahu semua benda? Boyfriend saya? Oh no, pleaselah.”
“Tak perlu pun jadi girlfriend saya. Just be my friend. Saya janji semua rahsia awak saya akan simpan. I’ll always be with you, no matter what. Wanna you?” Ayat Nazmi kedengaran ikhlas. Medina rasa lain macam. Boleh percaya ke dia ni?
Tapi tengok muka ikhlas. Suci aje. Bolehlah kut nak pecaya dia ni. Kalau berani buat yang ukan-bukan, report aje kat mama dan papa. Senag. Medina angguk lambat-lambat. Nazmi senyum.
“Tapi, kalau berani macam-macam or awak cerita masalah saya kat orang lain, siap sedialah untuk masuk hospital.”
Nazmi tergelak bila Medina cakap macam tu. Kalau berani cubalah, sayang. Saya ni dua dalam satu. Goalkeeper dan midfielder a.k.a. penjaga gol dan pemain tengah skuad kebangsaan. Jangan main-main. Silap-silap hati awak yang saya tangkap. Hehe.
“Tapi saya tak ready nak cerita sekarang. Sorry. Nantilah.”
It’s okay. Kalau awak rasa awak nak cerita, I’m always here for you. But first...” Nazmi tolak telefonnya ke arah Medina. Medina yang dah faham sangat maksud Nazmi itu masukkan nombor telefonnya. Kemudian, telefon itu Medina tolak kembali ke arah Nazmi. Nazmi dah sengih dah tu.
Second, senyum sikit.”
Cepat aje Medina senyum. Bak kata Baim dalam sinetron Indonesia Buku Harian Baim, senyum yang manis ya buat Baim ya. Gituuu dong... Hehe.
Cenggitulah. Kan manis kalau senyum.”
Automatik Medina ketawa tiba-tiba. Geli hati dengan Nazmi. Entah apa yang lawak pun Medina tak tahu. Tiba-tiba rasa lucu pula.
You know what?”
What?”
You looks more beautiful when smiling. Serious. Tak tipu,” puji Nazmi, ikhlas.
“Memanglah. Kalau girlfriend awak senyun pun awak kata cantik, kan?” Medina balas agak sinis. Nazmi masih senyum.
“Awak rasa, kalau saya ada girlfriend, saya akan keluar dengan awak ke?” Nazmi angkat sebelah kening. Medina diam. Tahu dah apa jawapannya. Hai, takkan mamat handsome macam ni tak ada girlfriend? Macam menipu aje. Selalunya football player macam dia ni ada aje girlfriend.
“Serius tak ada?” Medina tak percaya.
“Kenapa? Berminat jadi yang pertama?” Nazmi sengih. Medina dah masam balik. Main-mainlah dia ni. Apa kau ingat kau sehandsome Jimin BTS ke yang aku nak jadikan boyfriend? At least kalau sehandsome Khai Bahar tau Nazmi Faiz tak apa juga.
“Tak ingin.”

“AMBOI, sengih sorang-sorang kenapa?” Amirul menegur Nazmi yang tengah duduk sorang-sorang depan pintu rumah Ibu Rahayu. Dia duduk sama.
“Teringatkan Medina ke apa?” Amirul bagi soalan maut.
“Kalau aku jawab ya, kau nak bagi reaksi apa?” Nazmi pandang Amirul.
“Aku akan buat reaction wau, yang macam kat butang like Facebook tu. Wau, Nazmi Syahrin jatuh cinta pada seoang gadis yang bernama Anggun Medina. Bak kata kau, seanggun namanya, sesuci jiwanya. Huh, poyo.”
Nazmi ketawa.
“Ibu macam mana? Dah sihat?” soal Nazmi.
“Suhu dia tinggi lagi. Tapi tak seteruk hari pertaa. Aku dah bagi dia ubat, anti keylah tu. Medina macam mana? Dia nak ke ikut rancangan kau pergi majlis kahwin Amy dengan Khai?”
“Helo, tengok oranglah. Kalau aku dah start memujuk, semua perempuan cair.”
“Kalau semua perempuan cair, kenapa ku sampai sekarang tak ada gilfriend?”
Nazni diam. Tak tahu nak balas apa. Amiul ketawa kuat. Dia bangu.
“Poyo aje leih. Ni, aku nak beli burger kat gerai Abang Burn. Kau nak juga tak? Aku belanja.”
Dengar perkataan belanja, Nazmi senyum balik.
“Macam biasalah. Double cheese satu. Sos, mayonis cheesse lebih. Sayur tak nak.” Kalau beli burger kat mana-mana, itulah yang Nazmi selalu order. Dia tak makan sayur.

“Okey, gerak dulu.” 

Khamis, 6 Julai 2017

DSCDSR (BAB 2)

BAB 2

“KAU yakin ke yang itu Medina?” Amirul duduk di kerusi meja makan. Cawan kopi di letakkan atas meja sebelum memandang lelaki yang duduk bertentangan di hadapannya ini.
“Aku yakin, Yol. Aku yakin sangat. Aku dah cari dia tiga tahun, bro. Aku yakin sangat itu memang dia.” Lelaki itu mesra memanggil Amirul dengan nama panggilan, Yol. Mana datang nama tu? Entahlah. Mungkin cilok nickname pemain JDT, Amirulhadi Zainal tu kut. Fans JDT panggil dia Yol.
“Nazmi, apa yang buat kau yakin sangat yang itu memang Medina? Gambar terkini dia kau tak ada, maklumat pasal dia pun tak banyak, tiba-tiba aje kau kata kau dah jumpa dia. Pelik aku.” Amirul masih tak puas hati. Lelaki bernama Nazmi di hadapannya itu tersenyum.
“Helo, aku ada okey gambar dia. Banyak lagi. Lawa chor. Dah macam Neelofa weh.”
“Mana? Aku nak tengok,” pinta Amirul teruja.
Nazmi buka telefon. Gambar Medina yang di ambil dari Instagram gadis itu di ambil. Memang lawa. Sekali pandang mesti jatuh cinta. Dah dapat gambar yang di cari, Nazmi serahkan telefon itu pada Amiru.
“Bapak cun siot!” puji Amirul. Alis mata yang tebal. Mata bundar. Kulit kuning langsat. Ada tahi lalat bawa hidung. Dua ulas bibir merah yang menggoda. Boleh mencairkan jiwa mana-mana lelaki yang melihatnya termasuk Amirul sendiri. Dan rasanya tak hiperbola sangatkan cara Amirul describe kecantikan Medina?
“Kau kenal tak Little Miss Khan a.k.a. Nur Ameera Khan a.k.a. adik Neelofa?” soal Nazmi tiba-tiba. Laju Amirul mengangguk samil menyerahkan semula telefon tersebut pada Nazmi.
“Sebiji kan muka depa?”
“Haah. Tapi yang ni lagi cantik sebab pakai tudung. Sejuk mata memandang,” puji Amirul lagi. Dah macam Hannah Delisha pun ada.
“Mana kau dapat gambar dia ni? Banyak yeop.”
“Dia kan Instafamous. Followers setengah juta. Anak angkat Uncle Mansor pula tu. Siapa aje yang tak kenal dengn Anggun Medina Mansor? Seanggun namanya, sesuci jiwanya.” balas Nazmi yakin. Betul, Medina memang popular. Dahlah cantik, tinggi persis model, hidup dalam keluarga kaya. Itu kan idaman semua wanita.
“Habis bila kau nak jumpa dia lagi? Kalau first time jumpa pun dia dah acu-acu pisau kat kau, entah esok lusa dia bawa senapang gajah pula.” Amirul cuba bergurau.
“Nantilah aku fikir.” Nazmi tak mahu binacang soal itu lagi.
“Kenapa eh kau beria-ria sangat nak satukan Medina dengan keluarga dia? Padhal dia tak kenal kau, kau tak kenal dia.” Dalam masa yang sama, Amirul sebagai sepupu kepada Nazmi rasa kagum dengan kesungguhan Nazmi. Pentingkan kebahagiaan orang lain erbanding kebahagiaan sendiri.
“Yol, dalam hidup ni kadang-kadang kita kena jaga tepi kain orang juga. Ibu Rahayu tu sahabat baik umi aku. Aku sendiri dah anggap dia macam ibu aku sendiri. Sebab tu aku panggil dia ibu. Aku nak tengok Ibu Rahayu bahagia balik. Dah 23 tahun dia menderita. Aku nak tengok dia bersatu balik dengan keluarga dia. Sebab tu aku belkan Ibu Rahayu rumah ni. Sebab dekat sangat dengan rumah keluarga angkat Medina.” Itu janji Nazmi. Dia mahu lihat senyuman Rahayu tatkala bersatu dengan keluarganya.
“Yol, kau tolong aku eh?” Tak mungkin Nazmi dapat lakukan segalanya seorang diri. Dia perlukan bantuan.
“Helo, apa gunakan aku jadi sepupu a.k.a. sahabat baik kau kalau aku tak boleh nak tolong kau?” Nazmi senyum bila dengar Amirul cakap macam tu. Dah tahu dah yang Amirul setuju.
“So, bila kau nak jumpa Medina lagi?” soal Amirul.
“Entahlah. Macam kau cakap, first time jumpa dia dah acu pisau kat aku. Dua kali jumpa agaknya dia bawa senapang gajah pula kut. Nantilah aku fikir.”
“Fikir apa pula ni?” Suara asing tiba-tiba mencelah. Nazmi dan Amirul lantas panggung kepala. Wanita yang berumur lingkungan 40-an yang amat mereka kenali muncul. Rahayu. Dia dengar ke apa yang Nazmi dan Amirul bincangkan tadi?
“Tak ada apalah, ibu. Kita orang tengah fikir pasal masalah remaja zaman sekarang ni.” Pandai Amirul menjawab. Main tembak aje apa yang ada dalam kepala. Rahayu melabuhkan punggung di sebelah Nazmi sambil tersenyum.
“Macam tak boleh percaya aje ayat kamu tu, Yol. Lain macam aje.”
“Ibu dah sihat ke?” Nazmi cepat-cepat alihkan topik. Tak nak kantoi. Logik juga ayat yang dia tanya tadi. Sebab Rahayu memang tengah demam sekaang ni. Sebab tu dia dan Amirul pulang ke rumah Rahayu ni.
“Alhamdulillah, dah kebah sikit. Sebab tu ibu boleh jalan turun sendiri ni.”
“Ibu kena banyak rehat. Jangan nak stres-stres fikir pasal apa-apa. Karang melarat pula demam tu. Ibu kan ada kata, ibu jarang demam. Dalam setahun tu langsung tak pernah demam kan? That means, antibodi ibu kuat.Tapi bila ibu demam mesti ada something ni.” Pabila Doktor Amirul Mazlan Khalid berbicara, macam itulah jadinya. Haha. Dah start dah nak kasi ceramah doktor dia tu.
”Entahlah, Yol. Ibu sebenarnya dua tiga malam ni asyik mimpi benda yang sama aje. Bangun pagi tu mulalah badan ibu panas semacam.” Rahayu mula bercerita. Nazmi dan Amirul saling berpandangan sesama sendiri. Cuba mencerna kenyataan Rahayu. Apa maksud dia?
“Ibu mimpi apa?” Giliran Nazmi bertanya.
“Ibu mimpi seorang perempuan. Pakaian dia semua putih. Bersinar-sinar. Cantik. Macam bidadari. Kemudian dia senyum dan panggil ibu, ibu. Kemudian dia melambai pulak. Lepas tu hilang. Tiga malam berturut-turut ibu mimpi orang yang sama,” cerita Rahayu lagi.
Nazmi dan Amirul buat muka pelik sebelum saling berpandangan lagi. Rahayau dah mula ingat apa-apa ke? Adakah ini petanda bahawa ingatan Rahayu dah mula pulih? Maklumlah, Rahayu langsung tak ingat apa-apa tentang kejadian 23 tahun lalu. Amnesia. Bila di suruh mengingat kembali, Rahayu mesti akan sakt kepala. Sejak itu, tak ada siapa pun bangkitkan isu 23 tahun itu lagi.
Dan sekarang, seolah-olah mimpi itu cuba mengembalikan ingatan Rahayu. Medina ke gadis yang muncul dalam mimpi Rahayu itu?
“Kamu berdua tahu tak apa maksud mimpi ibu tu?” soal Rahayu.
“Tak tahulah pula. Tapi ibu ingat lagi tak wajah perempuan tu? Ada iras-iras siapa?” soal Amirul pula. Rahayu seperti cuba mengingat kembali.
“Macam Neelofa.”
Jangan main-main. Ibu Rahayu pun kenal Neelofa tau! Haha.
Amirul dan Nazmi saling berpandang lagi buat kali yang entah ke berapa. Rahayu pula yang pelik. Budak dua orang ni asyik pandang satu sama lain aje. Ada apa ni?
“Dah kenapa ni duk saling pandang memandang ni? Nak lawan siapa paling macho ke apa?” Rahayu pelik.
“Tak ada apalah ibu. Pelik aje bila ibu sebut nama Neelofa. Kenal juga eh ibu dengan dia?” Nazmi sengih. Rahayu senyum.
“Apa pula tak kenal. Dah nama pun hari-hari ibu tengok rancangan MeleTop. Takkanlah tak kenal...”
“Tak apa. Nanti kita orang cari tahu siapa perempuan tu. Ibu jangan risaulah.” Rahayu mengangguk bila mendengar kata Amirul.

PETANG itu, Medina bersiar-siar di taman. Cuma seorang diri. Dah dah biasa jalan sorang-sorang. Nak tenangkan fikiran. Banyak sangat masalah.
Kadang-kadang dia terfikir, kenapa takdir hidupnya macam ni? Takkanlah sampai bila-bila dia akan di benci adik beradik angkatnya? Takkan mereka tak ada walau secebis rasa kasih pada Medina? Apa kan jadi dengan nasib dia kalau papa dan mama angkatnya meninggal dunia nanti?
Medina ada juga terfikir, ke mana perginya orang tua angkatnya? Papa kata, dah meninggal. Tapi kenapa Medina mereka masih hidup? Kenapa Medina rasa meeka begitu dekat dengan dia? Kalau betul masih hidup, ingatkah lagi mereka pada Medina? Kenapa mereka serahkan Medina pada keluarga angkat? Ke Medina ni anak luar nikah? Sebaba tu mereka tak nak jaga Medina?
“Jaga-jaga!” Jeritan seseorang buatkan Medina tersedar yang dia dah berjalan berhampiran gawang gol di sebuh padang besar. Dia pandang sebelah kanan. Terkejut nampak sebiji bola menghala ke arahnya. Medina tak tahu nak buat apa. Kakinya kaku.
Tiba-tiba, ada seorang lelaki tangkas menangkap bola itu. Lagaknya seperti penjaga gol kebangsaan. Dah macam Apek pun ada. Siap pakai sarung tangan lagi. Medina tetap kaku. Tak tahu nak buat apa bila lelaki itu berjalan ke arahnya bersama bola di tangan.
“Awak okey?”
Okey, kali ni terkejut kuasa dua. Bukannya apa. Terkejut sebab nampak lelaki yang sama. Mamat acah-acah Aiman Tino tu? Dia buat apa kat sini?
“Awak?” Medina tunding jari pada lelaki itu. Lelaki itu cuma senyum gula.
“Awak pergi duduk kat bangku sana. Nanti saya datang,” arah si dia. Laju pula kaki Medina ikut arahan mamat tu. Itulah kau, Medina. Jalan sambil berangan. Macam mana boleh masuk ke dalam padang ni? Nasib baik tak masuk ke tengah padang. Nasib baik juga kepala tak benjol kena bola. Nasib baik jugalah abang goalkeeper yang sekarang Medina tengok dah acah-acah Izham Tarmizi tu nak jadi hero tolong selamatkan kau dari kena bola tu.
Izham Tarmizi konon... Kau ingat kau tu Mia Ahmad ke Medina oi?
“Hai,” sapa seseorang. Medina angkat kepala. Nampak lelaki tadi dengan selambanya duduk sebelah dia. Medina pandang lelaki itu.
“Awak lagi?” Kali ini bersama tundingan jari runcing Medina.
“Ya lah, saya. Berjumpa lagi kita eh? Awak tak rasa ke kita ni ada jodoh?” Manis senyuman lelaki itu. Medina sepak kaki mamat sengal tu. Memang sengal! Jodoh kaki kau! Rasakan sepakan penalti aku. Sakit kan? Padan muka! Medina jeling.
Lelaki itu masih mampu tersenyum. Tak adalah sakit sangat tendangan penalti cik adik manis ni. Tapi kalau dia betul-betul buat freekick, mungkin boleh buat Safiq Rahim ternganga tiga saat.
“Saya Nazmi. Awak mesti Medina kan?” Nazmi beri senyuman semanis gula. Medina pandang Nazmi. Eh, dia tahu nama aku? Sah, mesti stalker ni! Misteri sungguh mamat ni sampai nama aku pun dia tahu.
“Macam mana awak tahu nama saya?” Medina tayang muka pelik. Tapi Nazmi dengan tipikalnya, selalu tersenyum.
“Awakkan Instafamous. Followers setengah juta. Nak-nak papa awak orang yang ada nama. Siapa aje tak kenal dengan Anggun Medina binti Mansor? Sampai Neelofa dan Datuk Siti Nurhaliza pun follow. Jangan kata Neelofa dengan Encik Siti, Laudya Cynthia Bella pun follow juga.”
Memang betul-betul stalker ni! Medina dah mula curiga. Nazmi ni duk stalk Instagram aku ke apa sampai  dia tahu siapa yang jadi followers aku?
“Awak ni stalker eh?”
Stalker? Of course no. I’m football player. Midfielder and goolkeeper. Dua-dua position saya boleh main.” Medina agak terkejut mendengarnya. Tapi tak mustahil juga. Ada aje goalkeeper yang boleh main posisi lain.
“Main Liga Super ke?” tanya Medina lagi. Nak tahu aje.
“Tak dapat tawaran macam mana nak main? Kalau ada team yang nak ambil saya main, saya okey aje. Tahun lepas pernahlah main Liga Super, tapi injured teruk. Then, saya ambil keputusan keluar dari team. Sekarang dah okey, dah tak injured dah,” cerita Nazmi. Medina anguk lepas tu diam aje. Rasa canggung. Takut sikit pun ada.
Senyap pula. Medina selesa memerhatikan padang yang sudah pun kosong. Dah dah habis, sebab tu cik abang goalkeeper ni boleh duduk bersembang kedai kopi Pak Meon dengan dia.
“Medina, awak takut dengan saya ke?” Nazmi tiba-tiba tanya. Medina pandang Nazmi. Muka aku ada nampak macam tengah takut ke sekarang ni?
“Mana ada. Saya memang macam ni. Canggung kalau dengan lelaki yang baru kenal. Nak-nak awak pernah jadi stalker saya. Siapa aje tak takut?” Pantas Medina menjawab. Tapi, mamat sebelah dia ni boleh gelak pula. Entah apa yang lawak, Medina pun tak tahu.
“Pipi merah tu kenapa?” Nazmi terpandang pipi kanan Medina yang merah semacam itu. Mesti kes kena tampar ni. Takkanlah minah ni pakai blusher kut. Kalau ya, kenapa sebelah aje?
Medina pegang pipinya. Tak sukanya bila kantoi macam ni. Medina teringatkan kejadian tadi. Kejadian yang buat pipinya merah dan yang buat dia datang ke sini.

MEDINA buka peti ais lalu mengambil air oren Tropicana Twister dan berjalan menuju ke meja. Gelas bertangkai di ambil lalu air oren itu di tuang. Baru Medina nak minum, dia nampak kelibat Zara. Terus tak ada hati nak minum.
“Hai... kat dalam rumah pun nak kena pakai tudung ke?” sinis Zara.
Minah ni memang nak kunyah gelas nampak gayanya. Medina mula bengang. Zara ni SPM Pendidikan Islam gagal ke apa? Tapi, bukan Anggun Medinalah kalau tak ada ayat deep yang keluar dari mulut dia!
“Aurat tu mahal. Sebab tu perempuan murahan tak mampu nak tutup aurat...”
Haaa... kau rasa? Memang #makandalam dan #deep betullah! Ayat Facebook Medina bagi. Zara hempas kuat pintu peti ais. Terkejut Medina di buatnya. Mencerlung mata kedua gadis tu bertikaman sesama sendiri.
“Kau hina aku?” tanya Zara kasar. Medina senyum sinis.
“Aik... terasa ke? Maknanya kau memang mengakuilah kenyataan aku tu? Yang kau memang perempuan murahan?” Makin sinis senyuman dan ayat Medina. Betul-betul buat hati Zara panas. Awal-awal lagi dah nak bergaduh.
“Kau cakap apa, Medina?”
Zara dan Medina masing-masing panggung kepala. Zara pula yang senyum sinis manakala Medina dah kecut perut bila nampak susuk tubuh Fariz muncul di dapur. Matilanakkk...
“Zara atau kau yang perempuan murahan? Kau jangan nak cakap sepupu aku macam tu, Medina. Cermin dulu diri kau tu siapa! Sehari tak buat masalah memang tak sah. Dasar anak pungut tak sedar diri.” Pedih ayat Fariz menusuk hati Medina.
“Dengar du...”
“Kau diam! Jangan nak menjawab. Kau menjawab lagi, penampar kau dapat.” Pantas Fariz memotong bicara Medina. Jari telunjuk lelaki itu di tuju pada Medina.
“Tapi...”
Laju tangan Fariz singgah di pipi Medina. Tergamam Medina di buatnya. Langsung tak menjangka bahawa Fariz benar-enar akan mengotakan a[a yang di katanya. Senyuman sinis Zara mati. Terkejut dengan aksi sepantas kilat itu.
I’m man of my word. Jangan cabar aku, Anggun Medina.”

“MEDINA!” Nazmi petik jari depan muka Medina. Mengelamun pula minah ni. Fikir apa tak tahulah. Orang tengah cakap dengan dia, dia boleh berangan pula.
Medina tersedar dari lamunannya. Lenyap terus drama air mata tadi. Medina pandang Nazmi. Lelaki itu bagaikan mengharap jawapan dari dia. Tapi tak semudah itu dia nak ceritakan segalanya.
“Tak ada apalah.” Medina alihkan pandangan dari Nazmi. Nazmi tahu ada sesuatu yang terjadi. Walaupun gadis itu tak mahu bercerita, tapi gerak hatinya mengatakan ada sesuatu yang Medina sembunyikan. Nazmi tak mahu mendesak Medina untuk menceritakan segalanya. Perlahan-lahan kayuh...
“Kalau awak rasa ada sesuatu yang awak nak cerita, awak boleh cerita dengan saya. Saya sudi nak dengar.” Berani mati betul ayat Nazmi. Medina mencebik bibir.
“Tak payah nak poyo sangat boleh tak? Kita jumpa baru dua kali saya tak kenal awak dan awak tak kenal pun siapa saya. So jangan nak bajet sangat eh.”Medina kemudian menjeling sekilas. Nazmi masih dengan senyumannya. Awak tak kenal saya, tapi saya kenal sangat-sangat dengan awak...
“Okey, jadi apa kata kalau kita mula saling mengenali antara satu sama lain? Maybe boleh jadi kawan?”
Medina lantas pandang Nazmi. Entah apa-apalah mamat ni. Siapa entah nak kawan dengan dia. Cukuplah ada Stajo si sengal tu aje jadi kawan aku. Itu pun aku dah jadi sama sengal dengan dia. Haha.
“Siapa entah nak kawan dengan dia...” Itu sama maksud dengan, ‘saya tak nak’.
“Kalau awak jadi adik saya nak tak? Saya tak ada adik perempuan. Kalau ada pun, tak secantik awak. Awak macam bidadari dunia pada saya.”
Huh, adik pula dah. Tak ingin aku nak jadi adik kau. Sedangkan dua orang abang angkat aku tu pun dah perangai serupa setan kalau dengan kau yang baru kenal ni tak tahulah aku. Dah tu, dia gelarkan Medina idadari dunia pula. Hm,.. okeylah tu. Sebab kalau sebut bidadari syurga rasanya hiperbola sangat. Bidadari syurga beribu kali jauh lebih cantik dari dia.
“Tak ingin pun. Saya dah ada dua orang abang angkat. Cukuplah tu. Itu pun dua-dua perangai mengalahkan setan...” Ayat terakhir itu Medina ucap perlahan. Tapi mampu sampai ke telinga Nazmi.
“Apa dia?” Nazmi tanya lagi. Dia meang dengar dengan jelas apa yang Medina ucap tadi. Cuma mahu gadis itu ulang semula.
“Tak ada apalah.” Medina masih dengan wajah bekunya.
“Adik tak nak, kawan tak nak. Kalau awak jadi girlfriend saya nak tak?” Ayat maut Nazmi bagi. Pantas Medina pandang wajah lelaki itu. Senyuman versi pencuri hati menghiasi wajah jambu dia. Langsung tiada misai. Matanya bundar besar. Rambutnya hitam pekat, stailo. Medina cepat-cepat sedarkan diri dari lamunan.
Girlfriend? Boleh aje. Tapi bawa duit hantaran RM50,000 dulu. Boleh?” Medina cuma bergurau.
“Kalau awak nak cash sekarang juga pun boleh.”
Medina pandang Nazmi. Roman wajah lelaki itu serius bebenor. Tapi Medina cuma menganggap Nazmi hanya bergurau.
You must be joking, right? Dahlah, malas nak layan. Saya nak balik. Assalamualaikum.” Medina lantas berlalu pergi. Nazmi senyum melihat gelagat Medina. Permulaan yang bagus.
Nazmi keluarkan telefonnya. Nombor Amirul di cari lantas di lekapkan ke telinga. Ada perkara yang perlu di bincangkan.
“Yol, kita jumpa sekarang. Tempat biasa.Ada benda mustahak nak bincang ni.” Lepas salam di cap, itulah ayat yang keluar dari bibir merah Nazmi.
“Ada apa pula?” Amirul menyoal. Rasa pelik. Lain macam pula Nazmi hari ini.
“Tak payah banyak soal. Datang aje. Banyak pula cekadak mamat ni. Datang tau.” Nazmi membebel sikit.
Yolah. See you there. Bye.”

“Bye.” 

DSCDSR (BAB 1)

BERTALU-talu pintu bilik Medina di ketuk. Di ikuti dengan suara yang Medina dah kenal sangat siapa orangnya. Dia mendengus. Betullah, perempuan ni tak menganggu hidup dia memang tak boleh. Ada aje yang tak kena. Memang selalu nak sakitkan hati Medina.
Medina capai tudung lalu berjalan malas ke pintu. Langkahnya di lambat-lambatkan. Bila pintu di buka, dia nampak wajah masam mencuka seorang gadis. Rambutnya panjang kerinting. Perang. Wajahnya cantik tapi tidak pada Medina.
Siapa dia? Zara, sepupu yang dah tinggal lama kat rumah ni. Musuh utama Medina. Selalu cari pasal. Depan mama dan papa angkat Medina, baik aje. Tapi bila belakang mereka, tak payah sembang weh. Dasar duit syiling. Depan lain, belakang lain.
Ada lagi yang tak berapa nak indah. Tiga daripada empat orang anak kandung Encik Mansor dan Puan Normala memang tak suka dengan kehadiran Medina. Dari dia kecil lagi dia dah dapat rasa. Mereka rasa dengan kehadiran Medina, kasih sayang Encik Mansor dan Puan Normala ada mereka berempat semakin kurang walaupun semuanya dah berumah tangga. Ada dua orang tu aje yang merupakan anak ketiga, Farina Aliya dan suami dia yang baik dengan Medina. Anak sulung tu, Farizal Ariz. Anak kedua, Fariz Amri dan keempat, Farhanah Ameera. Cuma Farina aje yang dah ada anak. Baby lagi. Yang lain still bujang.
“Kau nak apa?” Medina menjeling Zara. Zara pula senyum sinis.
“Basuh baju aku.” Serentak dengan itu, kaki Zara pantas menolak sebuah baldi biru yang berisi pakain. Pakaian Zara semestinya. Betul-betul berhenti depan kaki Medina. Medina pandang pakaian yang berada dalam baldi itu sebelum pandang Zara.
“Apa yang buat kau fikir aku akan ikut cakap kau?” Sebelah kening Medina terangkat. Inginkan penjelasan. Zara senyum sinis lagi.
“Sebab kau tu angkat anak aje. Anak pungut. Kalau dah menumpang, buat cara menumpang. Jangan nak berlagak sangat macam kau tu princess dalam rumah ni. Sedar sikit kau tu siapa!” sinis Zara. Tapi Medina yakin ayatnya selepas ini akan lebih sinis dan pedas.
“Kalau dah menumpang, buat cara menumpang. Jangan nak berlagak sangat macam kau tu princess dalam rumah ni. Sedar sikit kau tu siapa. Itu yang kau cakap. Aku nak tanya kaulah. Kau tengah cakap pasal diri sendiri ke macam mana ni? Sebab kau tu pun menumpang juga dalam rumah ni. Kalau tak, kau pun akan merempat juga tak ada tempat berteduh. Kita sama aje der. So lain kali kalau nak bercakap, pakai otak jangan pakai lutut. Kan dah termakan dengan ayat sendiri.” Haaa... kan dah kata. Muka Zara memang dah masam sekarang. Malu dia. Turun naik nafasnya menahan marah.
“Kita tak sama, Medina! Aku, Zara Alisya binti Datuk Marlias. Anak jutawan kosmetik terkaya Malaysia. Datuk aku, Tan Sri Mustapha bin Alias, jutawan terkaya Asia dan yang ketujuh di dunia. Aku anak saudara Uncle Mansor. Arwah daddy aku abang papa angkat kau. Kita orang ada pertalian darah. Kau? Nothing...” Jelas Zara bangga dengan pangkat dan harta keluarganya. Tapi bukan Anggun Medina Mansor lah kalau tak menjawab!
“Jom ikut aku,” ajak Medina tiba-tiba. Zara kerutkan dahi.
“Pergi mana pula?”
“Laaa... pergi kuburlah. Kita tengok kat batu nisan arwah Tan Sri Mustapha dan awrah mummy dengan daddy kau tu, ada tak tertulis pangkat, jumlah harta, pingat yang di terima. Mesti tak ada kan? Kau tak payah nak bangga sangatlah, Zara. Kalau kau mati nanti pun, kat batu nisan kau takkan tulis yang kau ni cucu jutawan yang kononnya ketujuh terkaya di dunia. Tak adanya nak tulis kat batu nisan kau ‘arwah ni dulu cantik oangnya’. Hek eleh, nombor tujuh pun nak kecoh. Neelofa yang masuk list Forbes 30 Under 30 pun tak ada nak poyo macam kau.” Lagi sekali ayat pedas Medina keluar. Yang paling tak boleh lah rasanya asa dia petik nama Neelofa walaupun secara jujur dan ikhlasnya dia tak minat sangat dengan Neelofa. Tapi semangat Malaysia Boleh tu adalah juga. Hehe.
“Kau sengaja kan cari pasal dengan aku?”
“Eh minah! Kau yang ketuk pintu bilik aku kemudian cari pasal suruh basuh baju apa semua. Kenapa? Tak suka kena ceramah?” Medina ketawa kemudiannya.
Tiba-tiba Zara jatuh terduduk atas lantai. Medina eutkan dahi. Dah kenapa perempuan ni? Tiba-tiba aje.
“Abang chik! Abang chik!” Zara panggil abang chik iaitu Farizal sebab cuma Farizal aje anak kandung papa dan mama Medina yang ada kat rumah sekarang. Yang lain semua keluar. Medina mendengus. Dah mula dah hikayat dongeng dia. Mesti Zara akan tuduh Medina tolak dia sampai jatuh. Tak percaya? Tengoklah nanti.
“Apa bising-bising ni?” Farizal muncul di hadapan bilik Medina. Terkejut dia melihat Zara terduduk di lantai. Pantas dia menolong Zara untuk bangun. Medina cuma meihat.
“Kenapa ni?” soal Farizal kepada Zara.
“Perempuan tu... Dia tolak Zara, abang chik.” Drama Akasia 7 malam dah bermula. Dan semestinya Zara Alisya watak utama! Farizal pandang Medina, geram. Zara senyum sembunyi.
“Kau memang suka buat hal kan? Apa masalah kau dengan Zara? Macam ni ke perangai princess kesayangan mama dengan papa?” sindir Farizal sedas. 
“Abang, dengar dulu ap...”
“Abang? Bila masa kau jadi adik aku? Pleaselah! Aku tak sudi nak ada adik pembawa sial macam kau. Nasib baik kau perempuan tau. Kalau tak, lunyai kau kena belasah.” Tak sempat Medina nak habiskan ayatnya, Farizal dah memotong. Medina tak tau tak cakap apa dah.
“Sekarang minta maaf dengan Zara,” tegas Farizal. Medina kerutkan dahi. Perlu ke dia minta maaf atas kesalahan yang dia tak buat? Kau rasa?
What? Of course I’ll not!” Medina geleng kepala laju. Apa yang jadi hari ni bukan salah dia. Zara yang mulakan dulu.  Minah tu lah yang patutnya minta maaf. Bukannya Medina!
“Kau pilih, nak aku humban kau ikut balkoni tu atau kau minta maaf dengan Zara?” Farizal tunding jari pada balkoni bilik Medina. Medina tak toleh belakang pun sebab dia tahu balkoni mana yang di maksudkan. Dengan selambanya dia tolak baldi yang berisi pakaian Zara keluar dari biliknya lalu hempas pintu betul-betul depan muka Zara dan Farizal. Geram Zara di buatnya.
“Kurang ajar punya perempuan! Bukak pintu ni Medina!” Zara ketuk pintu bebeapa kali.
“Aku takkan minta maaf atas salah yang aku tak buat! Kau basuhlah sendiri baju tu!” laung Medina dari dalam biliknya. Hatinya panas. Kenapalah dunia ni tak adil? Kenpa takdir yang Allah tetapkan dalam hidupnya selalu aje tak indah?

“DAHSYATNYA kau weh. Sampai macam tu sekali eh? Habis tu macam mana kau sampai ke sini? Aku tak rasa sesenang tu depa bagi kau keuar rumah,” kata Stajo, sahabat baik Medina. Nama sebenar Siti Hajar binti Abdul Samat tapi panggil Stajo. Itu nama pendek. Nama pandak adalah ‘Stajo Si Stailo yang Suka Minum Milo dan Makan Oreo’. Tapi bab oreo dengan milo tu hanya rekaan semata-mata. Hehe. Selalu juga Medina lepak dengan Stajo. Stajo pun tahu macam mana hidup dia. Selalu juga bagi kata-kata semangat.
Ketika itu, mereka berada di sebuah restoran.
“Helo, ni Medina okey? Of course aku curi-curi keluar. Kebetulan, Farizal keluar sebab ada hal. Dan kononnya sebagai tanda maaf aku, aku buatkanlah dia air. Tapi campur dengan ubat tidur. Maybe dalam sejam dua dia lenalah. Zara tu boleh tahan bengong juga. Selamba aje minum. Padahal bukan tak tahu berapa kali dia terkena dengan aku. So, moral of the story is, don’t mess with Anggun Medina Mansor.” Medina tampak bangga. Stajo cuma mengangguk kagum.
“Kau buat apa je sekarang ni?” soal Stajo lalu menyedut air milonya.
“Duduk rumah ajelah. Nak kerja, papa aku tak kasi. Padahal bukannya dia tak tau yang aku ni nak sangat jadi lawyer. Tapi lepas habis belajar dia suruh aku duduk rumah aje. Bosan weh. Nak lawan, karang tak pasal-pasal derhaka. Kau buat apa pula?”
“Jadi cikgulah. Dapat mengajar kat sekolah rendah kita dulu. Kampung Pasir Puteh. Dapatlah aku jumpa junior kita. Masa aku cakap aku pernah belajar kat sana dulu, terkejut monyet depa semua. Dan, hikayat 1001 cerita zaman duu pun bermula. Aku cerita apa yang jadi dulu, tapi yang baik-baik ajelah,” terang Stajo pada Medina. Masing-masing tersenyum bila terbayang cerita lama.
Medina terpandang lelaki bertopi dan berjaket hitam yang macam tengah pandang ke arah meja dia dan Stajo. Dah beberapa kali perasan yang lelaki itu duk pandang ke arah tempat Medina berada. Bila Medina pandang balik, lelaki tu pandang tempat lain, tak nak kantoi. Di sebabkan pakai cermin mata hitam, Medina tak nampak penuh muka dia. Dah macam Aiman Tino pula dah pakai colour hitam ni. 
“Jo, aku rasa ada orang tengah perhatikan kitalah. Just like a stalker,” adu Medina. Wajahnya sedikit ketakutan.
“Mana?” Stajo ingin pusing ke belakang namun di tegah Medina. Dia geleng kepala.
“Jangan. Nanti dia tahu yang kita tahu dia tengah stalk kita,” larang Medina.
“Habis tu macam mana? Aku ni tak pernah-pernah kena stalk tau. Aku yang stalk orang adalah. Itu pun kat IG aku stalk Asyalliee dengan Khai Bahar aje.” Sempat lagi Stajo nak bergurau sambil tersengih.
“Okey, macam ni. Kita pergi Aeon kat seberang jalan sana tu. Masuk aje mana-mana kedai. Lari sini, lari sana terus dia tak dapat kejar kita.” Medina bagi idea.
“Okey, cantik.”

“KAU boleh ke nak balik sendiri ni? Nak naik apa?” soal Stajo sewaktu mereka berjalan keluar dari Aeon Station 18. Dah pukul 7 malam ni. Nasib baik lepas masuk Aeon tadi, lelaki misteri tu dah tak stalk depa lagi.
“Alaaa... tak apalah. Aku boleh balik sendiri. Teksi ada. Jangan risau.” Medina senyum sambil pandang Stajo. Namun riak wajah Stajo masih lagi menunjukkan bahawa dia ragu-ragu.
“Serius? Tak nak aku hantar? Teksi pun macam tak ada aje malam-malam macam ni.” Stajo masih risau. Dah bersahabat lama, of course risau. Perempuan ni bro, kalau dah sayang kat bestfriend dia, dia tak anggap bestfriend tu macam bestfriend dah. Dia anggap macam keluarga sendiri. Sebab itulah Stajo risau. Medina ni dah macam kembar dia. Perangai sama, gila-gila. Kiranya depa ni memang sekepala.
“Jangan risaulah. Aku okey.” Medina senyum lagi.
“Okeylah kalau macam tu. Aku cau dululah. Abang aku dah lama tunggu. Kau hati-hati eh? Apa-apa rojer,” pesan Stahjo. Medina mengangguk sebelum mereka berlaga-laga pipi. Medina cuma lihat Stajo pergi bersama kereta abang dia dengan ekor matanya saja.
Medina berjalan ke perhentian bas. Takut tu ada, tapi dia kena berani. Tapi... awat gelap semacam aje ni? Lampu jalan pun macam malap aje cahayanya. Jalan pun sunyi aje. Tak ada langsung orang lalu lalang. Bunyi anjing menyalak pun tak dengar. Perhentian bas pun macam jauh aje.
Medina dengar bunyi tin di sepak. Dia berhenti sekejap, lantas toleh belakang. Tak ada orang. Sunyi. Jantungnya sudah berdetak hebat. Sabar weh, sabar! Kau adalah apa yang kau fikirkan! Kalau kau fikir hantu akan muncul, karang muncul betul-betul mahu mati berdiri kau nanti. Cer kalau kau fikir pasal Khai Bahar ke, Nazmi Faiz Mansor ke, untung depa kut-kut muncul, siapa tahu? Hehe.
Medina melangkah lagi. Dia dengar ada bunyi tapak kaki. Yang pasti bukan tapak kaki dia. Dia terus berjalan. Dalam hatinya berdoa agar Allah SWT melindunginya dari segala malapetaka bahaya.
Dan sekali lagi... Kali ni bunyi batu pula. Medina cepat-cepat toleh. Tak ada orang, lain sekali. Sunyi lagi. Cepat sangat hilang. Kali ni dia tak boleh nak diam. Pantas pisau lipat dari dalam beg tangan di keluarkan lalu di acu ke hadapan.
“Keluarlah! Kalau kau manusia, keluar. Jangan jadi pengecut. Kau nak apa dari aku? Kenapa kau ikut aku?!” Lantang suara Medina. Dahinya sudah berpeluh. Dalam hati ada rasa takut yang perlu segera ditepis.
“Aku kata keluar, keluarlah!” Makin kuat suara Medina.
“Okey, saya keluar!” Ada suara lelaki. Medina pandang sebuah semak. Ada lelaki yang keluar dari situ. Tepat seperti jangkaan, pakaiannya semua hitam. Betul-betul dah macam Aiman Tino. Pantas pisau di acu tepat ke arah lelaki itu.
“Kau siapa? Kau nak apa dari aku? Kenapa kau ikut aku sejak dari pagi tadi lagi? Kau nak buat apa dengan aku hah?!” Medina mengundur beberapa tapak bila lelaki itu datang mendekatinya. Takut.
“Saya bukan nak apa-apakan awak. Saya tak nak apa-apa pun dari awak. Percayalah.” Lembut suara lelaki iu memujuk. Medina menggeleng. Tak percaya.
So stop walking towards me!” arah Medina. Tak penah-pernah dia jadi macam ni. Dah macam orang psiko dah. Dia takut. Apa-apa saja boleh terjadi. Dia cuma perempuan. Kudrat lelaki itu 10 kali lebih kuat dari dia. Lelaki itu boleh buat apa saja terhadapnya. Bunuh, rogol dan seumpanya. Takut Medina nak bayangkan.
“Okey, saya berhenti. Tengok, saya berhenti, kan?” Lelaki itu angkat tangan.
“Awak nak apa dari saya? Kenapa ikut saya?” soal Medina inginkan penjelasan.
“Saya tengah cari adik perempuan saya. Dia dah hilang seminggu dah. Dan wajah dia sama dengan awak. Sebab tu saya ikut awak. Saya cuma nak pastikan sama ada betul awak adalah dia atau bukan. Dan kebetulan, nama dia sama dengan awak, Anggun Medina Mansor. Saya tak ada niat lain. And please, letak pisau tu. Saya janji saya takkan apa-apakan awak. Trust me.” Ikhlas betul ayat dia di telinga Medina. Tapi tak semudah tu dia akan percaya.
“Apa yang yang buat awak fikir saya akan percaya?” Medina masih curiga. Tak mudah itu dia akan percaya dengan kata-kata lelaki yang entah siapa-siapa ini.
“Awak nak percaya ke tak, it’s up to you. Saya tak bohong. Saya memang tengah cari adik saya.” Lelaki itu tayang muka suci. Tak tahulah Medina sama ada nak percaya ke tak. Takkan memang kebetulan yang wajah dan nama dia dan adik mamat tu sama? Macam tak logik aje. Tapi kat dunia ni kat orang kata ada tujuh wajah serupa. Macam Fattah Amin yang kononnya ada kembar perempuan tu. Hmmm...
“Medina!” Ada suara yang sangat Medina kenal memanggil namanya. Dia toleh. Kesempatan di gunakan lelaki misteri itu untuk melarikan diri. Jangan risau, Medina. Kita akan jumpa lagi nanti.
“Kak Ina...” Medina menyahut perlahan bila nampak susuk tubuh kakak angkatnya, Farina. Cuma seorang.
“Ya Allah, Medina! Kamu buat apa sorang-sorang kat sini? Kamu tahu tak mama papa risaukan kamu?” Farina jelas kerisauan. Medina rasa serba salah. Tak ada niat pun nak buat semua orang risau. Tapi, cepat pula mama dan papa dia balik dari outstation.
“Tadi ada orang ikut Medina, kak.” Medina toleh kemudiannya. Aik, hilang? Mana mamat tu pegi? Cepat sangat hilangnya. Farina ikut menoleh sebelum meggeleng kepala.
“Tak ada orang pun kat sini, dik. Dah jom kita balik. Seua orang risau. Dahlah kamu pedajalkan Zara, lepas tu buat abang chik marah pula,” bebel Farina lagi semasa mereka berjalan ke kereta. Medina Cuma tadah telinga ajelah.
“Medina buat semua tu ada sebab. Zara yang cari pasal dulu dengan Medina. Tapi Medina tahu, mesti Medina kena marah lagi. Macam selalu.” Beu suara Medina.
“Apa-apalah, kita balik dulu.”

“MEDINA tahu tak apa yang Medina dah buat?” soal Encik Mansor. Suaranya tak dingin, tak juga ceria. Biasa aje. Encik Mansor selalunya takkan marah sebab dia sayang sangat dengan Medina. Apa Medina buat semua betul. Tapi yang betul itu jugalah yang salah pada mata abang dan kakak angkat Medina.  Encik Mansor takkan marah sebab dia sendiri tak suka dengan Zara tu. Macam itu juga dengan Puan Normala. Tapi biasalah, kalau dah benci, semua benda nampak salah.
“Pa, hukum aje perempuan ni. Tak boleh bagi can sangat. Karang lagilah dia pijak kepala kita adalah. Tak sedar diri. Kalau dah anak...”
Shut up, Fariz Amri Mansor.” Tenang saja suara Encik Mansor yang sedang duduk di sofa ruang tamu kedua rumah tersebut, memotong bicara Fariz. Cuma Medina yang lebih selesa berdiri. Yang lain duduk termasuk Zara.
“Medina... Papa sayangkan Medina. Tapi ini dah kali kedua Medina masukkan ubat tidur dalam minuman Zara. Buatnya dia overdose, macam mana? Dah tu, keluar rumah senyap-senyap. Yang kes ni banyak kali dah jadi. Buatnya jadi apa-apa kat Medina macam mana? Ni lagi satu, yang pergi hempas pintu depan muka Farizal dengan Zara tu dah kenapa? Kut ya pun marah janganlah sapai macam tu sekali. Tu namanya biadap. Farizal tu tua lima tahun dari kamu. Seali pun dia bukan abang kandung kamu, hormatlah dia sebagai orng yang lebih tua dari kamu.” Agak tegas kali ini suara Encik Mansor. Medina cuma diam.
“Papa tegur bukannya tak sayang. Sebab papa sayanglah papa tegu. Kalau tak, biaq pilah nak jadi apa pun jadilah. Hang ingat cheq kisah ka?” Medina rasa nak ketawa tapi di tahan dia dengar papa dia bercakap dalam lghat Kedah. Pa, kita duduk kat Ipoh ni. Keluaq loghat Kedah pasaipa?
“Jangan masukkan ubat tidur dalam minum Zara atau sesiapa lagi. Faham?”
“Faham, pa.”
“Jangan keluar rumah tanpa beritahu sesiapa lagi. Kalau nak keluar, call aje papa atau mama. Faham?”
“Faham, pa.”
“Jangan kurang ajar dengan Farizal lagi. Faham?”
“Faham, pa.” Dah tak ada ayat lain yan keluar dari mulut Medina.
Okay, so you can go now. Sekian mesyuarat tergempar malam ni. Wassalam.”
Semua nagkat mula. Gilir-gilir pandang Encik Mansor masih duduk dan Medina yang tengah berdii. Medina pun angkat muka sama. Aik, macam tu aje? Tak ada kena hukum ke? Bukannya apa, asyik buat salah tapi tak kena hukum, at least hukum lah sekali ni. Kena gantung tak boleh keluar rumah ke, bayar denda RM3,000 ke. Ceh, asal macam hukuman kesalahan tatatertib FAM je ni? Hehe.
Uncle, uncle tak boleh buat macam ni. Buatnya Zara betul-etul kena overdose, kemudian meninggal macam mana? Perempuan ni kenalah bertanggungjawab.” Zara tak puas hati. Sempat jarinya di tundingkan ke arah Medina. Medina pula tak puas hati dengan Zara.
“Helo, kau yang bengang sebab main minum aje air tu. Bukannya tak tahu berapa kali kena perdajal dengan aku.” Pantas Medina membidas.
“Medina, Zara, dah cukup tu. Zara, kalau kamu meninggal, uncle buat aje kenduri tahlil. Senang. Ada anak sedara pun tak guna juga. Dua kali lima aje dengan budak pungut yang kome duk hina ni. Tapi budak pungut ni jugaklah yang papa dan mama sayang lebih.” Sinis Encik Mansor.
“Pa, papa tak boleh menangkan sangat budak pungut ni. Papa tengoklah apa masalah yang dia dah buat.” Farhanah bersuara mewakili adik beradiknya. Fariz dan Farizal mengangguk. Farina dah mestilah geng papa dan mama dia backup Medina.
“Tapi anak pungut pembawa masalah ni jugaklah yang selalu luangkan masa dengan mama dan papa. Kome pergi mana? Semua sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak duduk kat rumah. Kuman seberang laut nampak. Gajah depan mata buat derk aje.” Sinis Puan Normala pula. Diam terus semua orang. Ayat ni memang #makandalam dan #deep betullah.

“Dah, Medina. Pergi naik atas, tidur. Kamu mesti penat kan?” Giliran Farina pula membackup Medina. Medina akur saja.